Monday, June 27, 2011

Buat Jahat

Posted by Ai Am Nor at 4:13 PM 0 Kemon Komen


Jahat budak jahat
Dah terkena
Terkena demam cinta
Jahat budak jahat
Dah terkena
Terkena demam cinta

Jahatnya kamu
Jahatnya kamu


eh eh eh.... tak nak goyang2 k.. lagu stacy tak de kaitan k... tapi perkataan JAHAT tu yang ai nak sangat kongsi maksudnya ngan korang.

KAMUS DEWAN EDISI KEEMPAT (Waaasseeeyyyy hehehe) - JAHAT = buruk lakunya, tidak baik (perangai, perbuatan, dll)

macammana lagu Stacy bleh kata Jahat nya Cinta ai tak tahu hehehe.. terGODA kot.. goda orang ni jahat jugak la tu =P

ni betul punya cerita pasal jahat, tak nak melalut merapek membebel melencong dah. Pasal kes juvana bebudak sekarang, sekarang ni cerita JUVANA tayang TV3 setiap malam isnin jam 9 mendapat sambutan. Ai pun layan jugak ceta tu...



Ai hidup dalam suana sekolah ni dari zaman budak sampai dah besar panjang nih. Nak kata ai ni expert sangat perihal bebudak ni takde la, ai bukan cikgu. Ai belaja dari kehidupan lalu. Ai dulu pun pelajar jugak... tapi itu lah yang ai nak cerita, buat jahat oleh budak jahat.

Ingat tak perumpamaan,

berkawan anak tukang besi terTEMPIAS bau besi (walaupun tak banyak), berkawan dengan anak penjual minyak wang, terBAU wanginya pada badan kita..


Dalam hal yang macam ni sebenarnya kita sendiri perlu kawal diri. Memang serba sedikit kalau tak semua kita akan ikut pengaruh kawan. Ai tak salahkan korang nak kawan ngan sapa-sapa dan ai pun tak kesah nak kawan ngan sapa2. Sebab bagi ai mungkin kita adalah penjual minyak wangi yang boleh sedikit sebanyak membantu rakan-rakan (Ai tak kata la Ai ni WANGI sangat hehehe).

Kenapa harus pinggirkan budak jahat sedangkan dia pun manusia, makhluk ciptaanNya. Tak layakkah dia untuk merasa kehidupan sebagai orang yang baik? Apa kata kita yang wangi ni kongsi2kan wangian kita kat diorang.

Mungkin ada yang akan kata "Eh, nanti kita pulak terTEMPIAS bau besi" laaa kitakan banyak minyak wangi, sembur la minyak wangi tu kasi hilang bau besi. Kita kan WANGI (bijak, pandai, baik, waras) boleh fikir sama ada benda tu baik atau buruk. Dalam cerita Juvana banyak timbulkan pengajaran yang berguna, Daim tak buat jenayah tapi kenapa masuk Sekolah Juvana? secara perlahan2 kawan2 kat sekolah tu terikut akan sifat positif Daim..

See??!! Faham tak apa yang ai cuba sampaikan?

Tapi yang kasihannya budak jahat ni kalau dah sekali buat jahat sampai bila-bila orang akan kata dia jahat. Walaupun terniat dan terdetik dihati nak berubah terus hilang hanya kerana anggapan orang budak jahat tak boleh jadi budak baik.



p/s: kalau ultraman baik tiba-tiba buat jahat orang percaya tak?

Thursday, June 16, 2011

Kenapa Aku? Jawab Sendiri

Posted by Ai Am Nor at 4:08 PM 0 Kemon Komen


Dunia ini umpama pentas lakonan.. (waseh.. ai mula la nak mengayat). ai teringat akan satu kisah seorang sahabat yang ai pun tak berapa nak kenal tapi ai dapat tahu serba sedikit mengenai beliau. Beliau seorang yang boleh dikatakan orang yang berjaya. Mendapat anugerah itu ini, sana sini sitok. beliau amat bersyukur dengan apa yang diperolehinya malahan beliau disanjung rakan sepejuangan. Kejayaan beliau perolehi atas usaha yang dilakukan sepanjang karier nya dan berkat keredhaan dari Yang Maha Esa.
Disaat beliau sedang menjulang kejayaan, beliau ditimpa musibah yang amat mengerikan. pada awalnya, beliau kemalangan jalan dan memerlukan pembedahan segera. Proses pembedahan berjalan dengan lancar.

Musibah pertama dari Pencipta dilalui dengan tenang dan sabar. Selesai pembedahan, Beliau disahkan oleh doktor bahawa beliau positive HIV AIDS...............

Kalau ikut emosi kita ni, banyak yang dah terkedu dan tersungkur... mana taknya, HIV AIDS boleh mengundang pelbagai cerita dalam dan cerita luar. Cerita dalam hati yang makan diri sendiri, mula lah beranggapan KENAPA AKU? bila dah terkeluar persoalan KENAPA mula la kita nak buat pekara yang tah pape.. Mula la fikir buruk kepada Pencipta.

"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, "Kami telah beriman," dan mereka tidak diuji? Dan sungguh, Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta." (29:2-3)

cerita tadi tak habis lagi...

Beliau tenang mendengar keputusan dari doktor. Bila mana orang luar yang mengetahui bahawa beliau mempunyai HIV AIDS, banyak yang mempersoalkan gaya hidupnya. Ni yang dikatakan cerita luar, fitnah dan mengumpat serta tokok tambah. Sedangkan kita tak tahu perkara sebenar.

Beliau mendapat virus HIV semasa menjalankan pemindahan darah ketika pembedahan dihospital, doktor tersalah memasukkan darah yang mengandungi virus yang kita semua tahu penawar nya belum lagi 100% ditemui.

Bagaimana beliau boleh sebegitu tenang? para ahli keluarga dan sahabat merintih "kenapa harus awak??" "kenapa awak??"

Dengan lancar tanpa rasa ragu-ragu "Selama ini saya menjulang kejayaan, saya tidak pernah tanya KENAPA HARUS SAYA YANG MENANG, sekarang bila musibah menimpa, saya tak rasa saya patut bertanya KENAPA HARUS SAYA YANG DITIMPA MUSIBAH"

nah... kenapa harus kita merintih disaat kita ditimpa musibah? sedangkan kita tidak pernah bertanya pada diri akan siapa yang telah memberi jalan kejayaan pada masa lalu..

Kita adalah insan biasa, manusia ciptaanNya, tidak lari dari segala ujian. Ujian yang diberikan setimpal dengan kemampuan kita, tidaklah Dia menguji kita melebihi batasan kita kerana Dia Ar-Rahman Ar-Rahim.. tidak sekali Dia menyusahkan kita bahkan telah memberi kebaikan kepada kita.

Ungkapan biasa yang kita dengar 'BERSABARLAH' kadang-kala kita ambil remeh.. malahan dikala ai ditimpa musibah sahabat-sahabat selalu mengungkapkan kata-kata keramat itu. Dan ai mengeluh.

"Pada orang lain mudahlah untuk mengatakan SABAR, tapi ai yang melaluinya.. ai yang sedang merana korang senang la cakap SABAR......" merintih dalam hati tak siapa tahu.. mengadu pada diri.. menangis kesepian..

SABAR satu perkataan yang keramat. berkat kesabaran kita InsyaAllah akan memperoleh yang terindah dariNya asalkan kita ikhlas menerima musibah yang melanda.

Nabi Yusuf a.s. difitnah kerana telah menodai Siti Zulaikha, dipenjara mengucap kesyukuran "Andai hidup dipenjara lebih memberi kebaikan serta menguatkan iman ku terhadapMu Ya Allah dari hidup di luar yang penuh dengan dolak dalik, aku rela memilih penjara"

Jadi, tidak seharusnya kita merintih dan bersangka buruk pada Dia yang sentiasa menyayangi kita. Ujian itu nikmat dari Allah, Sabar itu manisan kehidupan. Beristighfarlah. Ucaplah kesuyukuran. Kerana bukan hanya kita sahaja yang akan menempuhinya. Malahan Rasul junjungan kita yang sufi diturunkan ujian yang lagi hebat dari apa yang kita tempuhi.

p/s: susahnya nak jawab soalan kenapa.. jawablah sendiri =)

*happy sangat-sangat bila kawan sentiasa beri semangat

 

AI AM NOR Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea