Wednesday, October 19, 2011

KENANGAN YANG TERINDAH - SAMSONS

Posted by Ai Am Nor at 12:38 AM 0 Kemon Komen

Aku yang lemah tanpamu
Aku yang rentan karena
Cinta yang tlah hilang darimu
Yang mampu menyanjungku

Selama mata terbuka
Sampai jantung tak berdetak
Selama itu pun
Aku mampu tuk mengenangmu

Darimu...
Kutemukan hidupku
Bagiku...
Kau lah cinta sejati

Ooh...

Bila yang tertulis untukku
Adalah yang terbaik untukmu
Kan kujadikan kau kenangan
Yang terindah dalam hidupku
Namun takkan mudah bagiku
Meninggalkan jejak hidupku
Yang tlah terukir abadi
Sebagai kenangan yang terindah

Ooh...

bermain-main lagu kenangan terindah dikala subuh hari, tak tersedar ai jatuh lagi air mata nih.. issshhh!! STOPP!!! 'sudah lah nor!!' ai cuba lagi pujuk diri seperti setahun yang lalu. Lagu yang berkumandang merobek jiwa, masih terdengar kata-kata indah, senyuman digaris mata. Banjir lagi mata nih.. hmmm tapi sesungguhnya dia memang akan terus menjadi kenangan yang terindah. Yang lepas tetap akan jadi kenangan, dah jadi sejarah. Baik buruk cerita lalu dah pun berlalu.

PadaMu Ya Rabb, ku sedar diri ini tidak layak meminta dan hanya Engkau yang berhak memberi, tenangkanlah dia disisiMu..

p/s: pernah post lagu Honey Bee-Zee Avi pun kenangan terindah jugak... kenanga terindah - harussss senyum sebab indah

Monday, October 3, 2011

Tak Susah, Jangan Susah

Posted by Ai Am Nor at 8:41 PM 0 Kemon Komen
Seperti kebiasaan hari-hari, ai akan menjengah ke laman maya para sahabat, dari ke hari banyak benda baru yang boleh kita pelajari. Orang kata banyak membaca banyaklah ilmunya. Kalau tak baca mana nak tahu. Asyik dengar cakap orang tapi tak tahu benarnya. So, apa salahnya kita dengar, lihat dan baca. Tak susah.. =)


Berbalik dengan TAK SUSAH JANGAN SUSAH. Selama ni orang anggap kita yang bertudung ni menyusahkan. Kadang-kadang orang kita sendiri beranggapan sama, Astaghfirullah... Pakai tudung lagi senang dari yang tak pakai tudung. Nak kena bila ikat rambut, nak kena treatment selalu, nak kena colour lagi, repair yang rosak kEna panas matahari lagi.. nah.. pakai tudung cuma perlu syampoo dan tudung colour-colour pun banyak.. sukahati jer nak colour apa. Bukankah menjaga sesuatu yang berharga lebih baik dari dibiarkan orang yang tak sepatutnya merasai keindahan kita -Tak Susah, Jangan Susah.




Kalau pergi camping dengan rakan-rakan yang tak sama agama, kebetulan pula kita tak bawa peralatan memasak tapi yang rakan yang bukan seagama dah ready kuali, periuk dan sewaktu dengannya. Sudahhhhh!! dalam kepala dah terfikir - "entah-entah kuali ni dah pernah masak BABY, alamat tak makan la aku seminggu dalam hutan". Ni lagi satu pendapat kita yang selalu menyusahkan diri sendiri. Islam kan mudah. sebelum guna kita mintak izin tuan punya kuali, samak lah dengan air tanah 1 kali dan 6 kali air bersih. See.. kan dan boleh pakai kuali periuk tu. -Tak Susah, Jangan Susah.


Yang paling selalu menyusahkan fikiran kita lebih-lebih lagi kaum hawa, POLIGAMI. Cuba kita menjadi sedikit rasional kenapa islam mengadakan poligami. Bukanlah semata-mata kerana nisbah wanita yang lebih dari lelaki, bahkan di Malaysia nisbah lelaki adalah lebih dari wanita. (wah, panjang nak ulas ni... heheheh) tapi bukankah kita setiap wanita inginkan lelaki yang terbaik untuk didampingi. Lepas tolak mat rempit, mat Soul, kaki clubbing, yang ke masjid yang rajin tadarus hmmm tinggal berapa lah lagi. Poligami adalah untuk yang berkemampuan dari zahir dan batin. Bukan sewenang-wenangnya nak poligami. Jangan lah nak menyusahkan fikiran takut akan poligami sedangkan Allah telah menyatakan poligami adalah untuk membantu kaum hawa. Mengelakkan dari perbuatan songsang, berpasangan sesama jantina, mengelakkan hidup bersendirian akibat tidak berkahwin kerana berkahwin itu ibadah. Kenapa harus kita menentang sesuatu yang telah halal sedangkan ianya tidak haram. - Tak Susah, Jangan Susah.



p/s: kalau ada yang bertanya, sanggupkah yu bermadu dengan seikhlasnya? akan ai jawab, semua itu urusanNya dan ai tak berhak menolak ketentuan, redha. HE planned the best for us.

 

AI AM NOR Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea