Monday, February 20, 2012

Si Mawar

Posted by Ai Am Nor at 8:58 PM 0 Kemon Komen


(¯`v´¯)♥:♫ღ♥♫♥ بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ ♥
`•.¸.•` `
Assalamu'alaikum ya sahabat..


Entri Ai kali ni nk cerita pasa bunga pulak..


Mawar bunganya indah
megah warna tapi berduri
indah diri bukan untuk didedah
berani mengusik berdarah jari...

ewah-ewah, pantun la pulak hehehe.. Mawar memang cantik, lebih-lebih lagi kalau yang masih segar dan baru dipetik. Ai pun teringin jugak nak dapat mawar merah yang masih segar (*wink- ada yang nak kasi?heheeh) setakat ni dah dapat yang plastik tapi tak sama dengan mawar yan fresh. Tapi apa-apa pun terimas pada yang memberi, dihargai sangat-sangat =)

mawar selalu dikaitkan dengan cinta dan kasih sayang disebabkan kemerahan si mawar seolah-olah warna hati, tapi ada juga mawar yang berwarna-warni. Tak kesahlah warna apa pun kan, yang ai nak cerita ni pasal mawar bukan pasal warnanya. Seperti dalam pantun ai tadi, mawar bunganya indah tapi berduri... wooo wooo wooo tertusuk jari yang gatal... AAuuuuuccchhhhh!!!! nak pegang-pegang berdarah merah (tak tau la plak kalu darah putih yang keluar huhuhuh) bunga yang cantik bukan untuk sebarangan dipetik, hanya yang ada gunting pemetik bunga je bleh.. jangan suka suki nak petik guna jari ok.. lain la kalau yang plastik, senang-senang jer orang nak petik, malang sekali tak berbau.

Mawar oh Mawar
Hangat warnanya
menggamit mata
basah kelopaknya
menggiur rasa.
 
Sungguhpun
merah kelopaknya tak harum bau
hijau perdunya tak manis madu
namun, dedurinya lembut tak meluka
mesra menyambut jejari semua.
 
Sungguhpun
pabila dirayu sang bayu
ia bergoyang mengelak jua
ke kiri dan ke kanan menggeleng malu
namun, sipunya kaku menipu
gelengnya tak sungguh dan lesu.
 
Kerana dia
kembang mawar bukan organik
ditempa ia dari plastik
cantik kerana warna hipokrit
adunan licik tinta sintetik.

Fikrul Mustanir
28 Sept 2010


P/s: ai dapat bunga plastik tapi dah spray ngan perfume hehehehe pemberian dari seorang sahabat awal tahun 2012.

Friday, February 10, 2012

MELUAH DI FACEBOOK YANG MEMBAWA PADAH

Posted by Ai Am Nor at 11:35 PM 0 Kemon Komen

Bismillahirahmannirrahim...

Assalam ya sahabat.. Lagi ai nak kongsi cerita facebook (kiranya siri 2 laaa lagaknya hehehe) lepas Facebook Oh Facebook.. wooow!! fungsi facebook memey(memang) universal la.. padahnya seorang ayah yang sungguh kecewa dengan seorang anak yang meluah perasaan di Facebook gara-gara disuruh buat kerja rumah.

jom tengok dulu video dari youtube ni




amaran : ayat-ayat yang terkandung di dalan video ini kurang elok didengar

point ai sekarang lepas tengok video youtube ni, si anak ni merungut mencarut di facebook perihal keluarga.. fuuhhhh!!! si anak minta upah untuk semua yang dibuat.

wooooowww!!! pernah tak terlintas difikiran seorang anak yang ibu tak mintak bayar pun untuk ganti balik susu badan yang dia minum? Nauzubillah, jauhi derhaka pada ibubapa. Meluah perasaan itu bagus tapi bukan pada orang yang tak sepatutnya. Tak puas hati terus terang dengan ibu bapa dengan cara yang amat halus tanpa mengguris perasaan. Nah... bila si ayah kecewa seperti di video menembak laptop yang banyak menulis sesuatu yang sungguh tidak bermanfaat. Nasib laptop yang ditembak, kalau tembak penulisnya? nah... parah!!

Ambik iktibar dari kesilapan. Facebook memang AGENT sharing (sharing is caring yoo!!) tapi kenalah bermanfaat. Meluahlah rasa sedih rasa kecewa hanya pada Dia bukan di Facebook. Kerana Dia Maha Mendengar, Maha Melihat, Maha Mengasihi dah Menyayangi.

nota kakikukutangan- hahahah.. terpaksa beli laptop sendiri kalau nak berfacebook

p/l: kenapa harus berharap pada facebook tika dalam kesusahan tapi tidak pada Allah S.W.T.
 

AI AM NOR Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea