Monday, August 15, 2011

Hadiah Hari Lahir Ku Mana?

Posted by Ai Am Nor at 8:17 PM 0 Kemon Komen

15 Ogos berlalu dengan agak perlahan, ai dah cuba nak cepat-cepatkan masa. Siap pusing jarum jam lagi.. isshhkk.. walaupun 15 Ogos betday ai tapi ai tak sanggup nak tunggu lama-lama. satu sebabnya ada berkaitan dengan entri ai sebelum ni, kedua pulak hmmm biar ai jer lah yang tau huhuhu.

tapi takper.. yang lepas tu lepas la.. ai dah tak nak fikir lagi and harap-harap tak terfikir lagi. Dari seorang sahabat FB

Allah has give us REAL EYES to REALISE the REAL LIES

bila ai fikir-fikirkan balik kenapa harus nak menutup mata dan membiarkan jer. Tapi itulah kita, sering dibisik nafsu untuk angkat tapak tangan tutup mata padahal mengintai onar dicelah-celah jari (wassseeehhh) hehehe. Ai percaya Allah itu Maha Adil dan menyangi hamba-hambaNya.

Itu hal hadiah betday nite before the day huhuhu worst but I know HE want to show me the truth of lies.

ok Hadiah betday untuk hari betday (15hb) Alhamdulillah.. para ahli keluarga dan sahabat handai amat perihatin dan baik hati. Hadiah tak ternilai adalah doa dari mereka.. Syukur yang amat sangat punya orang-orang kiri dan kanan yang sentiasa berada dikala susah dan senang.

hari semalam sudah pun berlalu, ingatkan dah habis cerita. Awal pagi 16hb nya pulak, seorang insan yang tak dikenali hanya berurusan rasmi semata tanpa berjumpa buat panggilan semata-mata nak ucap HAPPY BIRTHDAY.

hmmm ai tak tahu nak kata apa, sungguh ai rasa amat bertuah. sekelip mata rasa yang kurang selesa hilang. Alhamdulillah.. Terima kasih Ya Allah.. menghadirkan hamba-hambaMu disampingku.

p/s: usia naik harus lebih matang mengatasi masalah

Sunday, August 14, 2011

Agak Emo

Posted by Ai Am Nor at 5:15 AM 0 Kemon Komen

hah... ini kali post ai agak emo. ishh... biasanya ai post agak neutral laaa. tapi kali ni.. hmmm.. wahh ini kali panassss... bulan ramadhan yang benar-benar menduga puasa ai..

nak meletop jer rasa nya.. tapi ai cakap kat diri sendiri "Nor, yu tunggu lepas buka puasa ok?!" haaaa.. ai tunggu dengan rasa yang penuh sabar dalam kegeraman.

Ada ker terpaksa buka puasa dalam keta ngan air mineral jer semata-mata takut terlepas jumpa orang. ishhh memang sakit ati la. kalau buka ngan air mineral tu ai tak kesah.. tapi yang ai kesah sangat WHAT THE FISH tak angkat kol n tak reply msj sampai terpaksa tunggu 4JAM!!!????udah la ini malam ai punya birthday nite!! This is the worst nite birthday n gift ai ever have!! haaa....... Astaghfirullah.. Ya Allah.. benar-benar menguji manausia itu. Dah la.. makin banyak pulak nak mencarut..

p/s: janji manismu -Aishah


Wednesday, August 10, 2011

Cerita Gunung Bercakap

Posted by Ai Am Nor at 9:36 PM 0 Kemon Komen

Kabus tebal jer masa on the way ke office pagi ni, macam kat atas gunung la pulak.. Nasib pasang lampu kalau tak, tak nampak pun keta yang kat depan. (so, sapa kata kalau nak bukak lampu keta kena tunggu malam jer??)

Sebut pasal gunung, ai nak share story pasal gunung yang pandai bercakap ni (ye ker bercakap)

Satu pagi yang tak cerah tak mendung, dingin jer. Seorang anak kecil ditemani ayah berjalan-jalan ke kawasan pergunungan.. grrrr... Ai dah dapat imagine kalau dah ke gunung ni kompom sejuk.

Jalan punya jalan, "aaaaarrrrrggggggghhhhh" si anak tersepak batu.
"aaaaarrrrrggggggghhhhh" terdengar satu suara...

"Sapa kau?" soal si anak.

"Sapa kau?" balas suara tu lagi

(jeng jeng jeng.... hehehe)

"Tunjukkan diri laa weii kalau berani!!" gertak si anak

"Tunjukkan diri la weii kalau berani!!" sang pemunya suara balas balik

"Penakut!!" herdik si anak

"Penakut!!" balas suara tu lagi (memang tak reti nak mengalah)

"Ayah, kenapa suara tu asyik ikut cakap kita?" ayahnya tersengih.

"Itu yang dinamakan GEMA anak ku", "Cuba dengar ni, TERBAIK!!!"

"TERBAIK!!!" balas suara tu lagi (nak jer sambung dari ladang ekekekek)

Si anak terkejut.

Inilah kehidupan kita, setiap yang kita hulur kita akan dapat balik (mungkin dalam berbeza cara). Kehidupan kita reflect dengan action kita. Kita buat baik orang balas baik, kita buat jahat orang memang simpan dendam.

IF YOU WANT MORE LOVE IN THE WORLD
CREATE MORE LOVE IN YOUR HEART
IF YOU WANT MORE COMPETENCE IN YOUR TEAM
IMPROVE YOU COMPETENCE
So, bagi ai mudah jer, nak yang baik kena jadi baik. Tapi sekarang ni orang tengok muka baik terus cop baik.. ayaaaarrkkk.. no no no... yang tu tak boleh k... hehehe

p/s: TERBAEK DARI LADANG!!
TERBAEK DARI LADANG!! , Sahut suara tu lagi (nak jugak...)

Murid Mati Makan Juadah berbuka

Posted by Ai Am Nor at 5:47 AM 0 Kemon Komen
-Gambar Hiasan-

MERU: Seorang murid Tahun Lima Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Binjai dekat sini, meninggal dunia pagi kelmarin, selepas mengalami muntah dan cirit birit kira-kira setengah jam selepas menikmati juadah berbuka puasa yang dibelikan bapanya di sebuah bazar Ramadan berdekatan rumahnya di Taman Seri Mewah di sini, petang Ahad lalu.

Selain Nurdini Mohamad Ali, 11, hampir seluruh ahli keluarganya turut mengalami simptom sama sehingga terpaksa dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini, selepas memakan juadah sama. Mereka ialah ibunya, Noraliti Ramli, 37, yang kini hamil lima bulan, dan empat abangnya, Mohammad Syafiq, 14; Mohammad Irfan, 13; Mohammad Fitri, lapan dan Mohammad Hazimi, tiga tahun serta pembantu rumah dikenali sebagai Pati.Mohammad Irfan dan Mohammad Fitri turut disyaki dijangkiti penyakit taun, manakala Mohammad Hazimi menghidap demam denggi.

Bapa mangsa, Mohamad Ali Khir, 37, yang ditemui di HTAR, berkata jam 6.10 pagi kelmarin, beliau ke bilik air dan terdengar bunyi dengusan seperti lembu disembelih dari bilik air.

“Sebaik membuka pintu bilik air, saya terkejut melihat Nurdini dalam keadaan terlentang dengan mata terbeliak dan mulutnya berbuih,” katanya.

Mohamad Ali yang tidak dapat menahan sebak, berkata Nurdini meminta air batu campur (ABC) dan otak-otak sejak awal Ramadan lagi, tetapi hanya Ahad lalu beliau berkesempatan membeli juadah berkenaan.
“Kira-kira setengah jam selepas berbuka dengan juadah itu, perut saya mula berasa tidak selesa dan kira-kira sejam kemudian kami sekeluarga dan pembantu rumah mula muntah serta cirit-birit sehingga tidak larat untuk bangun ke bilik air.

“Sebaik melihat keadaan Nurdini yang semakin teruk, saya membawanya ke HTAR tetapi sebaik tiba di hospital, doktor mengesahkan dia sudah meninggal dunia,” katanya.

Ahli keluarganya yang lain dibawa ke hospital sama dengan bantuan jiran.

Mohamad Ali berkata, biarpun beliau turut mengalami simptom sama, beliau menggagahkan diri dan tidak mahu dirawat di hospital kerana tiada siapa untuk menguruskan jenazah anaknya.

Jenazah Nurdini dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Meru, selepas Zuhur, petang kelmarin.

Ditanya sama ada beliau mahu mengambil tindakan terhadap peniaga yang menjual makanan yang disyaki tercemar, Mohammad Ali berkata beliau tidak mahu menyalahkan sesiapa, tetapi menasihati peniaga bazar Ramadan mengambil iktibar dan berhati-hati ketika mengendalikan makanan yang dijual supaya kejadian menimpa keluarganya tidak berulang.

sumber - Berita Harian Online

p/s: Lebih selamat kalau kita masak sendiri.
#gambar hiasan tiada kaitan antara hidup mahupun mati

Mati Hidup Semula

Posted by Ai Am Nor at 5:17 AM 0 Kemon Komen

hmmm ai pun terkejut juga mula-mula baca tajuk berita dari Utusan Borneo hari ni.. layan..........

SIBU: Seorang pesakit lelaki dalam lingkungan umur 50-an yang dikatakan meninggal dunia terpaksa diusung keluar dari bilik mayat selepas nadinya didapati masih berdenyut.

Insiden menggemparkan itu berlaku sekitar jam 4 petang kelmarin di Hospital Sibu apabila pesakit yang berasal dari sebuah rumah panjang di Kanowit, 60 kilometer dari sini, dikatakan telah menghembuskan nafas terakhirnya semasa berada di wad Unit Rawatan Rapi (ICU).

Menurut sumber yang juga saudara-maranya, berita tentang kematian pesakit tersebut telah dimaklumkan kepada ahli keluarga terdekatnya sejurus selepas itu.

Bagaimanapun, ketika ahli keluarga terdekatnya sedang bergegas pergi ke hospital untuk memberi penghormatan terakhir, tiba-tiba mereka sekali lagi dikejutkan dengan berita mengenai pesakit tersebut belum disahkan meninggal dunia.

Sumber memberitahu, dia dimaklumkan bahawa ‘si mati’ terpaksa diusung semula ke wad ICU kerana masih hidup memandangkan nadinya masih berdenyut.

Menurutnya, kakitangan di bilik mayat hampir menyuntik pesakit itu yang dikatakan sudah mati dengan ‘ubat mayat,’ tetapi tidak menjadi setelah hasil pemeriksaan menunjukkan nadinya masih berdenyut.

Katanya lagi, pesakit itu hanya mampu bertahan selama lebih kurang lima jam selepas itu dan disahkan benar-benar meninggal dunia sekitar jam 9 malam kelmarin.

Menurutnya, si mati sebelum itu dihantar ke Hospital Daerah Kanowit seminggu lalu kerana mengalami pelbagai masalah kesihatan dan keadaannya ketika itu agak serius.

Pesakit tersebut yang pernah bekerja di luar pantai dan sebagai pengawal keselamatan di sebuah bank di Kanowit, kemudiannya dirujuk ke Hospital Sibu.

p/s: nasib tak kena suntik lagi - Sujudku, Ibadahku, Hidupku Matiku hanya buat mu Ya Rabb

Wednesday, August 3, 2011

CERITA OFFICE BOY

Posted by Ai Am Nor at 5:41 PM 6 Kemon Komen
Pagi ramadhan yang indah hehehe. Senyum sedekah yang dikira berlipat ganda amalnya di bulan ramadhan. =) ----- (takde kena mengena dengan story, tapi saja pembuka bicara)

Ai nak kongsi satu story yang ai kutip terbaca kat website fevret ai mengenai OFFICE BOY. Ada la sorang mamat yang sedang menganggur disalah sebuah negara maju di dunia. Poket hanya tinggal 10 dollar jer. Kalau diikutkan nak makan apa dengan 10 dollar ni kalau dah namanya negara maju. Kalau kat Malaysia pun lepas untuk breakfast ja kot.

So, dia pegi la satu interview ni kat salah sebuah syarikat besar, apply office boy. HR manager kata,

"YOU ARE HIRED" -ANDA DITERIMA (ala-ala Donald Trumps laaa) heheh

"So, give me your email address and I'll send you the application to fill".- Jadi, tinggalkan alamat emel dan saya akan hantar permohonan anda untuk diisi

"But sir, i don't have a computer neither an email" - Tapi tuan, saya tak ada komputer apatah lagi emel. Jawab mamat tu.

"I'm sorry," "If you don't have an email, that mean you do not exist. And who doesn't exist cannot have the job." (pulaakkk dah!!) - Maafkan saya, kalau anda tak ada email bermakna anda tak layak, dan anda tak diterima disini.

-Punya la nak mintak keja jadi office boy nak kena ada email-

Berbekalkan 10 dollar, dengan mukanya yang tension mamat ni pun terus jalan.
(korang rasa dia buat apa pastu?, pegi cyber cafe?)


Mamat tu pegi pasar sayur dan habiskan 10 dollar beli tomato. (Ayaaarrkkk!! tomato?) Dia bawak tomato yang dia beli tadi ke sekitar kawasan dia merempat jual balik tomato tu. Habis semua tomato dia jual tak sampai 2 jam. Mula la dia kira keuntungan yang diperolehi dari 10 dollar ke 60 dollar... UWAAAHHH.... lumayan.

Esoknya dia beli lagi tomato dan jual lagi dan lagi. 5 tahun dia ulang proses yang sama, dia dah boleh beli lori nak angkut tomato, dah boleh beli rumah (tak merempat lagi), dah boleh buat gudang besar dan macam-macam dengan berbekalkan 10 dollar. Dia mula berfikir untuk berkeluarga, mempunyai zuriat dan persediaan untuk keluarga masa hadapan.

Jadinya, dia pun pegi la ke sebuah syarikat insurance nak beli insurance perlindungan diri dan keluarga (takkan nak beli tomato pulak kan). Borak punya borak dengan agent insurance, tiba la masa nak isi borang.

Last sekali, agent insurance tu kata "Do you have email address?" - Encik ada emel?

'ada lagi soalan macamni issshhhh' rungut mamat tu.

"I don't have email." - Saya takder emel.

"How come you don't have any email address, while you have a plenty of building?", "Have you imagine, what you could have been if you have an email?" - Macamana awak boleh tak ada emel sedangkan awak dah dirikan banyak bangunan, dan dapat tak awak bayangkan apa awak akan jadi kalau ada emel?

Ai suka part ni.... hahhaha

Slamber jer mamat tu jawab

"An Office boy" - Seorang pembantu pejabat.

-tamat-

pengajaran cerita OFFICE BOY ni,

1. Internet bukan penyelesai semua masalah
2. Walaupun takder emel, boleh apa jadi millionaire
3. dan lastly,

IF YOU RECEIVED THIS MESSAGE BY EMAIL, YOU ARE CLOSER TO BE AN OFFICE BOY RATHER THAN MILLIONAIRE . - Kalau awak-awak semua dapat mesej ni melalui emel, hati-hati. Awak-awak semua mungkin akan jadi office boy bukan jutawan (bukan ai cakap k ekekekek)
p/s: entah-entah satu masa nak jadi cleaner pun nak kena ada FACEBOOK jugak =P

-editted story dari iluvislam.com

Tuesday, August 2, 2011

HANTU DI BULAN PUASA!!!!

Posted by Ai Am Nor at 6:47 PM 0 Kemon Komen

errrkkk... Ai ni bukan suka sangat nak ceta pasal antoo nih.. nak tengok iklan ehhh.. dengar jer pun ai dah tukar channel. Bukan ai takut pon tapi.... heheheh saje jer ai tak suka hahahah (cover up la tuuu) bukan cantek pun antoo nih, takde faedah nyer nak layan benda-benda macam ni.

tapi ni la kan, bulan Ramadhan suma kita tahu someone is leaving - ada yang pergi.. tapi sejauh manakah dia pergi? Sedar tak sedar ada lagi hantu yang tinggal masa Ramadhan al-Mubarak nih.. kita semua pun tahu kalau dah masuk bulan ramadhan confirm macam-macam sale.. dari atas sampai bawah kaki kuku hahaha.. dari luar sampai ke dalam menjadi daging..

dari atas sampai bawah:
1. Anak tudung (ikut kesesuaian kepala)
2. Tudung(1 bundle)
3. Songkok (5 pasang)
4. Baju(min 6 pasang)
5. Seluar(2 jam sekali nak tukar baru)
6. Stoking (boleh guna seminggu 1 pasang)
7. Kasut / sandal (tinggi sampai ibu jari kaki terjungkit)
8. Tali kasut (nak jugak warna-warni

luar dan dalam
1. barang kemas (nak jugak sampai hujung lengan, leher menunduk, jari meleleh - yang lakinya sibuk jugak nak pakai emas ketol)
2. Juadah berbuka (melantak takut esok bazaar tak bukak lagi)

hantu bulan puasa yang tak puasa:
1. Hantu Raya - nama pun dah raya confirm la nak beraya
2. Hantu Raba - ni hantu yang paling selalu merayap masa kat bazaar.. ishh2
3. Hantu yang suka makan ketupat - kan nak raya kena la buat banyak ketupat
4. Hantu serammm - memang seram laaa (dah takde idea lagi dah) hahah

tapi kenapa masih ada lagi hantu masa bulan ramadhan ni?
mungkinkah setelah 11 bulan kita dibisik Lakhnatullah itu kita menjadi tegarrrr.. errrkkk...

p/s: awek sapa pontianak? - muvie baru "Tolong!! awek aku pontianak" boleh pulak berAWEKkan pontianak nih


 

AI AM NOR Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea