Monday, June 27, 2011

Buat Jahat

Posted by Ai Am Nor at 4:13 PM 0 Kemon Komen


Jahat budak jahat
Dah terkena
Terkena demam cinta
Jahat budak jahat
Dah terkena
Terkena demam cinta

Jahatnya kamu
Jahatnya kamu


eh eh eh.... tak nak goyang2 k.. lagu stacy tak de kaitan k... tapi perkataan JAHAT tu yang ai nak sangat kongsi maksudnya ngan korang.

KAMUS DEWAN EDISI KEEMPAT (Waaasseeeyyyy hehehe) - JAHAT = buruk lakunya, tidak baik (perangai, perbuatan, dll)

macammana lagu Stacy bleh kata Jahat nya Cinta ai tak tahu hehehe.. terGODA kot.. goda orang ni jahat jugak la tu =P

ni betul punya cerita pasal jahat, tak nak melalut merapek membebel melencong dah. Pasal kes juvana bebudak sekarang, sekarang ni cerita JUVANA tayang TV3 setiap malam isnin jam 9 mendapat sambutan. Ai pun layan jugak ceta tu...



Ai hidup dalam suana sekolah ni dari zaman budak sampai dah besar panjang nih. Nak kata ai ni expert sangat perihal bebudak ni takde la, ai bukan cikgu. Ai belaja dari kehidupan lalu. Ai dulu pun pelajar jugak... tapi itu lah yang ai nak cerita, buat jahat oleh budak jahat.

Ingat tak perumpamaan,

berkawan anak tukang besi terTEMPIAS bau besi (walaupun tak banyak), berkawan dengan anak penjual minyak wang, terBAU wanginya pada badan kita..


Dalam hal yang macam ni sebenarnya kita sendiri perlu kawal diri. Memang serba sedikit kalau tak semua kita akan ikut pengaruh kawan. Ai tak salahkan korang nak kawan ngan sapa-sapa dan ai pun tak kesah nak kawan ngan sapa2. Sebab bagi ai mungkin kita adalah penjual minyak wangi yang boleh sedikit sebanyak membantu rakan-rakan (Ai tak kata la Ai ni WANGI sangat hehehe).

Kenapa harus pinggirkan budak jahat sedangkan dia pun manusia, makhluk ciptaanNya. Tak layakkah dia untuk merasa kehidupan sebagai orang yang baik? Apa kata kita yang wangi ni kongsi2kan wangian kita kat diorang.

Mungkin ada yang akan kata "Eh, nanti kita pulak terTEMPIAS bau besi" laaa kitakan banyak minyak wangi, sembur la minyak wangi tu kasi hilang bau besi. Kita kan WANGI (bijak, pandai, baik, waras) boleh fikir sama ada benda tu baik atau buruk. Dalam cerita Juvana banyak timbulkan pengajaran yang berguna, Daim tak buat jenayah tapi kenapa masuk Sekolah Juvana? secara perlahan2 kawan2 kat sekolah tu terikut akan sifat positif Daim..

See??!! Faham tak apa yang ai cuba sampaikan?

Tapi yang kasihannya budak jahat ni kalau dah sekali buat jahat sampai bila-bila orang akan kata dia jahat. Walaupun terniat dan terdetik dihati nak berubah terus hilang hanya kerana anggapan orang budak jahat tak boleh jadi budak baik.



p/s: kalau ultraman baik tiba-tiba buat jahat orang percaya tak?

Thursday, June 16, 2011

Kenapa Aku? Jawab Sendiri

Posted by Ai Am Nor at 4:08 PM 0 Kemon Komen


Dunia ini umpama pentas lakonan.. (waseh.. ai mula la nak mengayat). ai teringat akan satu kisah seorang sahabat yang ai pun tak berapa nak kenal tapi ai dapat tahu serba sedikit mengenai beliau. Beliau seorang yang boleh dikatakan orang yang berjaya. Mendapat anugerah itu ini, sana sini sitok. beliau amat bersyukur dengan apa yang diperolehinya malahan beliau disanjung rakan sepejuangan. Kejayaan beliau perolehi atas usaha yang dilakukan sepanjang karier nya dan berkat keredhaan dari Yang Maha Esa.
Disaat beliau sedang menjulang kejayaan, beliau ditimpa musibah yang amat mengerikan. pada awalnya, beliau kemalangan jalan dan memerlukan pembedahan segera. Proses pembedahan berjalan dengan lancar.

Musibah pertama dari Pencipta dilalui dengan tenang dan sabar. Selesai pembedahan, Beliau disahkan oleh doktor bahawa beliau positive HIV AIDS...............

Kalau ikut emosi kita ni, banyak yang dah terkedu dan tersungkur... mana taknya, HIV AIDS boleh mengundang pelbagai cerita dalam dan cerita luar. Cerita dalam hati yang makan diri sendiri, mula lah beranggapan KENAPA AKU? bila dah terkeluar persoalan KENAPA mula la kita nak buat pekara yang tah pape.. Mula la fikir buruk kepada Pencipta.

"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, "Kami telah beriman," dan mereka tidak diuji? Dan sungguh, Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta." (29:2-3)

cerita tadi tak habis lagi...

Beliau tenang mendengar keputusan dari doktor. Bila mana orang luar yang mengetahui bahawa beliau mempunyai HIV AIDS, banyak yang mempersoalkan gaya hidupnya. Ni yang dikatakan cerita luar, fitnah dan mengumpat serta tokok tambah. Sedangkan kita tak tahu perkara sebenar.

Beliau mendapat virus HIV semasa menjalankan pemindahan darah ketika pembedahan dihospital, doktor tersalah memasukkan darah yang mengandungi virus yang kita semua tahu penawar nya belum lagi 100% ditemui.

Bagaimana beliau boleh sebegitu tenang? para ahli keluarga dan sahabat merintih "kenapa harus awak??" "kenapa awak??"

Dengan lancar tanpa rasa ragu-ragu "Selama ini saya menjulang kejayaan, saya tidak pernah tanya KENAPA HARUS SAYA YANG MENANG, sekarang bila musibah menimpa, saya tak rasa saya patut bertanya KENAPA HARUS SAYA YANG DITIMPA MUSIBAH"

nah... kenapa harus kita merintih disaat kita ditimpa musibah? sedangkan kita tidak pernah bertanya pada diri akan siapa yang telah memberi jalan kejayaan pada masa lalu..

Kita adalah insan biasa, manusia ciptaanNya, tidak lari dari segala ujian. Ujian yang diberikan setimpal dengan kemampuan kita, tidaklah Dia menguji kita melebihi batasan kita kerana Dia Ar-Rahman Ar-Rahim.. tidak sekali Dia menyusahkan kita bahkan telah memberi kebaikan kepada kita.

Ungkapan biasa yang kita dengar 'BERSABARLAH' kadang-kala kita ambil remeh.. malahan dikala ai ditimpa musibah sahabat-sahabat selalu mengungkapkan kata-kata keramat itu. Dan ai mengeluh.

"Pada orang lain mudahlah untuk mengatakan SABAR, tapi ai yang melaluinya.. ai yang sedang merana korang senang la cakap SABAR......" merintih dalam hati tak siapa tahu.. mengadu pada diri.. menangis kesepian..

SABAR satu perkataan yang keramat. berkat kesabaran kita InsyaAllah akan memperoleh yang terindah dariNya asalkan kita ikhlas menerima musibah yang melanda.

Nabi Yusuf a.s. difitnah kerana telah menodai Siti Zulaikha, dipenjara mengucap kesyukuran "Andai hidup dipenjara lebih memberi kebaikan serta menguatkan iman ku terhadapMu Ya Allah dari hidup di luar yang penuh dengan dolak dalik, aku rela memilih penjara"

Jadi, tidak seharusnya kita merintih dan bersangka buruk pada Dia yang sentiasa menyayangi kita. Ujian itu nikmat dari Allah, Sabar itu manisan kehidupan. Beristighfarlah. Ucaplah kesuyukuran. Kerana bukan hanya kita sahaja yang akan menempuhinya. Malahan Rasul junjungan kita yang sufi diturunkan ujian yang lagi hebat dari apa yang kita tempuhi.

p/s: susahnya nak jawab soalan kenapa.. jawablah sendiri =)

*happy sangat-sangat bila kawan sentiasa beri semangat

Wednesday, June 15, 2011

KAPEL KAPAS KEPUS - CARI JODOH

Posted by Ai Am Nor at 4:33 PM 0 Kemon Komen

Shinchan pun dok sibuk cari jodoh

Untuk memilih teman hidup, lelaki mesti memilih wanita yang cantik, bergaya dan boleh dibawa ke sana sini. Dalam hati mesti berbangga kerana pasangannya cantik dan orang sentiasa memuji akan kecantikan pasangannya.

Antara pujian itu:

"Pandai kamu memilihnya, kalaulah aku dapat, aku tak akan lepaskannya."

"Pewittt, hebatnya kamu, cantik... cantik... cantik."

Mesti kamu akan berbangga jika menerima pujian sebegitu.

Pasangannya boleh dibawa ke mana-mana sahaja, setiap hari keluar dating. Tidak kira siang malam, yang penting bahagia. Setiap hari ada saja temujanji untuk bertemu tanpa ada istilah jemu.

Bahagiakah namanya itu jika setiap hari keluar dating? Itulah lumrah pasangan berkasih, sehinggakan lupa segala syariat dan hukum Allah S.W.T.

"Yang penting 'happy', hidupkan hanya sekali."

Tahu pula hidup hanya sekali, kenapa tak banyakkan amal ibadat, supaya di sana nanti lebih bahagia, tidak ada masalah yang menimpa, tidak payah fikir apa pun.

Kalaulah pasangan yang dipilihnya tidak cantik, tidak bergaya biarpun pasangannya seorang muslimah sejati, orang tentu akan mengejinya. Mesti dia terseksa, walaupun dia menyedari itulah pilihan yang terbaik dan menjamin Syurga buatnya.

Antara kejian itu:

"Takde orang lain ke yang kau pilih sebagai pasangan, leceh la."

"Hahahaha, sakit perut aku, lawak, lawak... ketinggalan zaman la bro.."

Mesti sakit hati jika menerima kejian sebegitu?

Pasangan sebegini lebih mementingkan ukhrawi daripada duniawi, dia akan menolak ajakan pasangan untuk keluar berdua, kerana dia takutkan azab Allah S.W.T dan dia tidak mahu hanyut oleh godaan Iblis Syaitan laknatullah.

Tentu bosankan mendapat pasangan yang sebegini, sentiasa menolak ajakan kita untuk keluar berdua.

Tentu kita bersungut andai ajakan kita tidak dapat dipenuhinya.

Inilah pasangan yang terbaik untuk kita, walaupun dia tidak cantik pada rupa paras, tetapi dia cantik pada akhlak dan budi pekerti. Ilmu agamanya penuh di dada dan menjadi benteng untuk menghalang godaan nafsu yang melalaikan.

Untuk memilih teman hidup, wanita mestilah memilih lelaki yang handsome, bergaya dan kaya. Dalam hati mesti lebih berbangga memiliki pasangan yang sebegini. Bahagia sangat-sangat, terasa dunia ini milik berdua. Apatah lagi jika orang di sekeliling sentiasa memuji.

Antara pujian itu:

"Hebatnya kamu, dahlah 'handsome', bergaya... 'loaded' lagi"

"Kalaulah aku dapat, bahagianya hidup".

Dalam hati tak terkata, betapa bangganya memiliki pasangan sebegitu. Tidur malam tak lena, sentiasa terbayangkan wajah kekasih. Bahagia sangat-sangat sebab pilihannya menepati cita rasa. Sanggup bersengkang mata hingga larut malam semata-mata untuk memadu kasih dengan pasangan.

Sekarang ini zaman serba maju, ada facebook, handphone, semuanya hanya di hujung jari, semuanya boleh jadi. Siang keluar dating, malam pun keluar dating, bila tiba larut malam sambung lagi dengan sms, call dan ber-chatting di facebook sehingga jam 3 - 4 pagi. Tak jemukah berbuat begitu? Tentu tidak? Bila diri dilamun cinta, hati takkan jemu meluahkan rasa rindu.

Kalaulah pasangan yang dipilihnya tak handsome, tak bergaya dan tak kaya, walaupun pasangannya seorang muslimin sejati, tentu malukan? Ya lah, pasangan orang lain semuanyahandsome, bergaya dan kaya, sedangkan pasangan kita...

Pasangan kita mementingkan ukhrawi dari duniawi. Tak suka keluar dating kerana takutkan Allah S.W.T. Tentu bosankan? Asyik terperap saje. Mula nak bersungut dan menyesal kerana tersalah memilih, tak sesuai langsung dengan cita rasa kita yang gemarkan bersosial.

Inilah pasangan yang terbaik untuk kita, mungkin Allah S.W.T dah tetapkan untuk kita,s upaya kita tidak terus hanyut dengan godaan Iblis Syaitan. Allah S.W.T nak bagi untuk kita yang terbaik, jadi kita harus menerimanya dengan hati yang lapang dan bersyukur sebab kita tak terjerumus dalam kancah kemungkaran dan kemaksiatan yang menghampiri kepada azabnya api neraka.

Di dunia kita tidak merasai azab Allah S.W.T, sebab itulah kita masih menghampiri maksiat, yang ada dalam fikiran kita hanyalah keseronokkan sahaja. Kalaulah Allah S.W.T turunkan azab-Nya semasa kita berseronok dengan nikmat dunia, apakah yang terjadi kepada kita? Sama-samalah kita bermuhasabah diri..

Untuk memilih teman,
Pilihlah yang terbaik...
Terbaik dari segala hal...
Duniawi mahupun ukhrawi...
Kelak dirimu bahagia.

Untuk memilih teman,
Pilihlah yang terbaik...
Soleh dan solehah...
Mukminin dan mukminat...
Hidup sentiasa berlandaskan hukum dan syariat...
Bahagia dunia dan akhirat.

Untuk memilih teman,
Pilihlah yang terbaik...
Baginya dunia hanya sementara...
Akhirat dikejar kerana itulah tempat yang abadi...
Untuk menuju ke syurga Allah.

Untuk memilih teman,
Pilihlah yang terbaik....
Al-Quran jadi panduan hidup...
Sunnah Rasulullah menjadi ikutan...
Moga kekal di dunia hingga ke akhirat...

p/s: panduan untuk kita dan pesanan buat ai sendiri.. InsyaAllah semoga dapat jodoh yang baik2 belaka


sumber entry : iluvislam-dialah jodohku

Thursday, June 9, 2011

dipaksa rela - gambar nude

Posted by Ai Am Nor at 6:55 PM 0 Kemon Komen

Chhoooppp!!! ai memang ada tulis kat atas GAMBAR NUDE tapi ai tak terfikir and takkan mencemarkan page ai ngan menyiarkan pict tah papa ni..

lagi dari The Borneo Post semalam.. ai tak sempat nak letak entry ni selari ngan hari news ni dkuarkan.. kesibukan melanda. kolum untuk berita ni kecik jer dan serba ringkas jauh nunnn dibawah skali (page brapa ai dah tak ingat dah)


tajuk : GIRL CLAIMS BEING FORCED TO SEND NUDE PHOTO VIA MMS

budak ni baru 17 tahun, dipaksa orang yang tak dikenali untuk menghantar MMS gambar bogel. mulanya tersalah hantar, ingat nak hantar gambar tu kat BOYFRIEND.. tersalah hantar kat orang lain.. risau akan gambar nya disalah guna oleh pihak yang tak dikenali tu, dia dipaksa rela untuk menghantar gambar yang seterusnya...

stopppp!! ai malas nak baca ceta ni panjang2...

yang buat ai rasa geram and rasa malu........ knapa dia ni sibuk nak hantar gambar macam tu kat boyfriend dier!! tengok!! kalau tak hantar kat boyfriend tak rugi pun.. n takder nyer sampai tersalah hantar..

baru boyfriend dah dapat tengok macam2... Ya Allah... apa hak BOYFRIEND tu nak tengok gambar yang sebegitu? nanti putus cinta naaahhhh!! boyfriend dendam giler siap la ko punya gambar...

ni bukan hanya melibatkan maruah sendiri.. ingat la adik2 abang2 kakak2 makcik2 dan juga pakcik2, rasanya tak perlu la kita nak memanipulasikan maruah kita sendiri.. janganlah kita diperhambakan oleh rupa paras yang hanya kurnia dari Dia.. kita hanya meminjam..

wajah yang cantik , rupa paras yang kacak itu ciptaan yang indah dari Dia sebagai hadiah.. Tahniah bagi yang punya rupa paras yang indah, tapi sejauh mana kita menghargai keindahan ciptaan Nya itu?

oleh sebab itu la kita diwajibkan menutup aurat.. ini untuk menjaga maruah pada diri kita.. its not a credit for us to share with other whats is the best THING we have.. ini untuk keselamatan diri... sebab tu laa kalau blajar silat, tok guru takkan bagi 100% ilmunya, pkarang tak pasal2 anak murid brani tikam blakang...

kalau la kita banyak sangat mendedahkan apa yang berharga buat kita, ianya akan jadi satu yang tidak lagi luar biasa...

"ALAAA, AKU DAH BIASA TENGOK DIA NI MACAM NI MACAM TU, TAK HERAN LA AKU"

dibandingkan apabila sang suami saja yang melihat, alangkah bangga nya dia

"UNTUNG ABANG, DAPAT BINI CUTE MACAM AYANG"

tak ke melambung pujian tu... pipi pun mula la kembang, tak yah pakau blusher lagi dah.. bayangkan pula kalau si isteri ni suka pakai yang terdedah, depan isteri sang suami takut la nak cakap

"HMMM APA LAGI YANG TINGGAL BUAT AKU KALAU SEMUA ORANG LAIN DAH DAPAT?"

terdetik jer dalam hati sang suami ni pun dah membuatkan si isteri menderhaka pada suami.. Nauzubillah..

ada plak yang cakap kalau buka si buka sana tu tanda tahap CONFIDENCE LEVELS diorang tu.. weeeeiiii!!! apa kalau tak bukak tu maknanya tak confident la??? pooorraaaahhhh!! ni yang buat budak 17tahun tu brani sangat hantar pict bogel dia kat boyfriend dah tu tsalah hantar... Nahhhh!!! mana dia tahap CONFIDENCE tadi tu??? bukan main lagi brani sangat, bila dah tsalah hantar nak tunjuk sangat kat orang, mana pergi CONFIDENCE dia???

tahu takut!! buat report polis, masuk BORNEO POST.... mana????

p/s: perhiasan diri itu terlalu berharga

Wednesday, June 8, 2011

bird is burung.. burung is manok and manok is siyau

Posted by Ai Am Nor at 11:01 PM 0 Kemon Komen
marah benar burung ni yerr

ai lepak sebentar ngan cip clerk n lab asisst kat permai sibu.. terserempak plak ngan technician skolah.. wah.. betol2 hari pekerja ni hehehehe.. laa dah jam rehat, masa untuk rehat laaa.. dalam kesibukan harian, tak ketingglan juga perkembangan semasa luar dan dalam negara.

masa tengah tunggu roti canai nak siap ai melangkah sebentar ke kedai mini market sebelah kedai kopi, ai grab la satu newspaper ni.. plik jugakkan, sedangkan skarang punya la canggih manggih, news dah upgrade ke online story tapi masih jugak nak beli kertas yang laku 20sen bila dah abis baca.. tapi itu la budaya yang patut kita terapkan kat semua orang.. tak kira la nak percuma atau tidak, yang penting MEMBACA ESCALATOR ILMU hehehe..

nih banyak sangat celoteh nak share la apa yang menarik yang ai baca kat news THE BORNEO POST.. story ni bukan la cover news tu pun tapi sub-story.. agak menarik. memandangkan ai ni duk kat sibu sarawak, ai kira nya la slalu duk sembang2 ngan geng2 ai kat location yang distory nih.. kawasannya berdekatan dengan panggung wayang Star Cineplex Sibu.. kawasan ni bleh kata start jam 530 toksah la nak park kat sana.. kompom kena boom!!! angkara sang burung layang2 nih.. ai kalau nak park nuuunnnn jauh Wisma Sanyan.. dah tu jalan kaki lagi dengan rasa hati yang tak senang huuurrmm...

tapi kebelakangan ni, ai perasaan yang bunyi chirping2 sang burung layang2 kat area tuh dah mula kurang.. dan semakin kurang dan hilang... menurut sumber The Borneo Post (chheewaaahhh.. ala2 Azizah Ariffin la pulekkk hehehe) terjemahan Bahasa Melayunya - kawasan perniagaan di sekitar pusat bandar kini tidak lagi kedengaran kicauan dan bulu burung beterbangan pada waktu malam.

bagi pekerja yang membersih kawasan itu berpendapat ianya hanyalah musim dan perubahan cuaca.. tapi bagi beberapa pihak plak berpendapat ia adalah petanda yang tidak baik, bagi mereka daerah yang tiada burung seolah-olah daerah mati.. fuuhhh....

apa yang ai rasa musykil adakah gelaja burung hilang tiba2 ni berkait rapat dengan penyakit burung.. ala macam kes ikan banyak terdampar di daratan masa Tsunami sebelum ni.. masa tu banyak ikan yang mendarat.. tapi tak disangka rupa2nya Tsunami melanda.

p/s: sekarang ni kat kampung ai banyak projek rumah burung wallet.. income pun bleh tahan jugak - burung pun dah tak tahu mana satu sarangnya dan tak tahu nak masuk banglo mana plak malam nih.

Monday, June 6, 2011

Jangan Harap

Posted by Ai Am Nor at 8:32 AM 0 Kemon Komen

-nak flying kiss ker flying kick?-

ai bukan nak marah orang ker apa... ai nak kongsi jer something happen lately and boleh diambil iktibar bagi sesiapa yang memerlukan hehehe.. kalau yang tak memerlukan sudi2 la membaca nyer yer..

ai bukan nak kata kat orang JANGAN HARAP.. tapi ai nak tegaskan satu ni JANGAN BAGI HARAPAN kat orang.. ingatan buat ai sendiri dan yu ols.. bila dah kita bagi harapan kat orang, selamanya orang akan menuntut.. kerana bila kita memberi harapan sama saja kita berjanji.. kita suma dah tahu yang JANJI WAJIB DITEPATI. bila mana we ols memungkirinya banyak padah dan musibah dari hidayah dan hikmah..

Sabda Allah S.W.T.:

“Wahai orang-orang yang beriman tepatilah janji-janji.” (al-Maidah:1)

lagi..

Sabda Rasulullah s.a.w.:

“Tiga perkara, barangsiapa yang berada di dalamnya, maka ia dicap munafik, sekalipun ia puasa, sembahyang dan mengaku dirinya seorang Muslim, iaitu; Bila berbicara ia bohong, bila berjanji ia mungkiri, dan bila menerima amanat ia khianat.”

dan banyak lagi dalam Al-Quran dan Hadis menyatakan kepentingan berjanji.. dan ai percaya agama2 lain pun tidak pernah sama sekali menggalakan mahupun mendedahkan diri pada janji palsu..

wweeeiii.. kalau tak mampu jangan berjanji.. ni yang jadi satu masalah bila orang dah berharap ngan kita dan kita mungkirinya, kita dah main ngan hati dan perasaan orang lain.. bila hati dan perasaan orang dipermainkan dendam mula menguasai diri.. haduh... "ku pikirkan satu rupanya banyak" timbul lagi masalah musuh bermusuh dengki mendengki.. tak kira lagi masalah bila pihak yang berdendam mula main kotor khurafat, dan syirik mohon bantuan dari selain Yang Esa..

nampak gayanya kita dah mula timbulkan banyak masalah.. hanya terbit dari satu kesalahan yang kita anggap kecil "mungir janji" kita dah pun menggalakkan orang lain diselubungi banyak kesilapan yang berpunca dari kita sendiri..

bayangkanlah bila kita berada dipihak yang dimungkiri.. kita dijanjikan banyak kebahagiaan.. diberi harapan masa depan yang sangat cerah...

bilamana melibatkan soal cinta.... hmmm ai tak tau nak komen panjang.. ai takut nanti ai TERberi harapan pada orang yang tak sepatutnya.. tolonglah jangan terlalu berharap..

tatkala harapan yang tinggi tak tercapai mungkin saja bunuh diri terjadi.. jadi sama2lah kita jangan memberi harapan pada orang yang kita sendiri tidak pasti dan janganlah kita menaruh harapan yang tinggi andai kita tahu tahap kemampuan kita..

Sunday, June 5, 2011

hujan pelangi

Posted by Ai Am Nor at 8:25 AM 0 Kemon Komen
tatkala cuaca yang panas terik tak tersangka oleh kita hujan akan turun.. bila dah hujan turun banyak yang mengeluh.. napa mesti hujan masa ni?? sejuk la hujan.. susah la bila hujan, tak dapat nak tengok astro.. isshh.. ader ker??? jangan nak tipu ai k...=P ai honestly terkadang tanpa ai duga tersebut gak ayat2 kat atas tu... (ish.. istighfar ai ulang banyak kali)

bila panas pulak, sibuk jugak mulut ni nak bersuara.. haduh panas giler.. kan bagus hujan dapat gak aku tido nyenyak.. haduh panas nyer, takut nak kuar.. takut hitam... haduh panas nyer rasa malas plak nak keja.... ishhh...

dah hujan sibuk plak nak mintak panas, dah panas sibuk lak nak mintak hujan...

kita manusia ciptaanNya cukup sifat, tiada yang beza melainkan hati.. tu pasal la kita ni banyak songeh nak mintak tu ini bila dah bagi tak pula bersyukur.. nak mintak lagi yang lain... MasyaAllah..

bila hujan dikala panas di hati bisa disejukkan dengan adanya pelangi.. cheewwaaahh... tu la yang selalu kita dengar.. Hujan turun tatkala panas hari, Rupanya Tuhan nak bagi Pelangi indah.. =) setiap yang hadir itu ada hikmahnya.. (ayat biasa beb yang kita selalu dengar dan anggap hanya la ungkapan semata2)

dulu pun ai anggap benda ni hanyalah ayat semata2.. bilamana musibah hadir bila kita sedang indah dibuai rasa, rupanya Dia hendak memberi seribu kali kebahagian..


pelangi di hati

p/s: masih tertanya2, kenapa pelangi ada 7 warna.. walapun dah banyak kali cikgu sains terang.. kenapa 7? hmmm jom bagi jawapan =)

Saturday, June 4, 2011

Billu Si Tukang Gunting

Posted by Ai Am Nor at 2:20 AM 0 Kemon Komen
sabtu nih sedap nyer duk kat umah lebih2 lagi bila kat kampung... syok tak terkata.. (*.*) balik kampung jumpa family kaum kerabat terasa macam YB der.. hahaha.. yang paling syok bila balik kali ni ai nak celebrate beday mak ai.. walaupun dah lepas 3hari tapi rasanya tak salah nak sambut lagi sebagai tanda menghargai penat lelah dia layan karenah BAIK aku sedari kecik lagi hehehe..

sabtu ni jugakla ada panggung sabtu hehehe.. deeiii ai pun tengok hindi laaa heeheh... tapi kalo ada ex bopfren ai acting je la... alaaaa Shah Rukh Khan.. korang penah kan dengar gosip2 ai ngan dia.. sebab tak tahan ngan gosip dia sana sini sitok.. ai susah nak jawab coz dia dah warning ai jangan cakap banyak.. hahaha just kidding ok.. (tak pasal2 masuk Oh! Media =P

Tadi ai layan satu movie hindi nih, BILLU THE BARBER yang ceta nya pasal 2 sahabat dari 2 latar belakang yang berbeza, pada awalnya dari kampung yang sama hidup dalam keadaan yang serba kekurangan. my dear Ex (nak jugak....) berjaya jadi bintang atas bantuan sahabat nya yang dilakonkan oleh Irfan Khan, mana kala kawan dia nih mewarisi kepandaian bapaknye sebagai tukang gunting dah kuar dari kampung kerana hubungan chenta yang tak direstui keluarga.. (pulaaakkk...) memang tak leh lari la skrang nih kalau bab2 cinta terhalang, takde nyer zaman Kasim Selamat jer masalah ni.. karang ni pun ada lagi..

yang menyedapkan ceta nih walaupun setinggi mana kejayaan seorang sahabat itu kalau orang dah buat jasa kat kita, kita jangan nak lupa diri.. si tukang gunting nih ingat kawan dia yang superstar tu tak ingat kat dia langsung.. tapi dia salah.. malahan superstar nih dah jenuh carik dia merata...

konsep ceta ni senang jer and betol2 berbeza dari movie hindi yang slalu nampak ketiak.. errrkkk.. cerita nya ringan dah mudah nak difahami..




p/s: ai yang dumb SRK..


macho tak ai punya Ex??

Friday, June 3, 2011

Nenek Tua Pun Masih Nak Study

Posted by Ai Am Nor at 8:54 AM 0 Kemon Komen
Berita Harian Online | Wanita usia 100 tahun di Brazil belajar baca, menulis

tinjau2 kat Berita Harian Online ai terserempak ngan satu artikel nih.. WANITA USIA 100 TAHUN DI BRAZIL BELAJAR BACA, MENULIS.. mungkin bagi kita ni bukan benda yang mustahil.. yang ai rasa mustahil nape banyak yang dari kita ni nak tunggu dah berusia baru nak belajar.. usaha nenek nih kita tak yah nak pertikai.. sebab dia masih ada kekuatan keinginan nak crik ilmu..



-sikit jer lagi kaki aku nak sama aras tiang nih-

rasa nya bebudak yang masih study patut ambik semangat nenek nih.. bukan lah semata nak gi skolah nunjuk2 kehebatan yang tah pape.. plik nya budak2 kat tempat aku nih ska giler masuk hutan.. ponteng dalam hutan paa jadah nya?? nak jadi rangers kot.. dah tu gi derma darah ngan nyamuk2 cikguNya(chikingunya - betol ke tidak spelling ni =P) takder ke benda yang lebih bfaedah nak dibuatnya slain nak g masuk utan.. weh ai dulu pun ponteng klas tau tapi ai tak ponteng dalam hutan.. haaa ai g library.. punya la dalam klas tu panas giler at least ponteng kat library boleh gak tompang ekon sambil tu g la ambik buku skali.. naaaa.. usia muda bukan untuk disia2kan..

masuk bab nak berhijrah ke seswatu yang baik pun banyak yang nak tunggu dah tua.. kita nih bukan nya tau bila Yang Esa tu nak ambik bailk pinjamanNya kat kita nih.. ni pendapat ai je lah kan, rasa nya kita patut dah merancang untuk seswatu yang akan datang dan bukan nya menunggu kehadiran akan datang sehinggalah kita terlepas seswatu yang akan datang... errkkk macam mana tuuu??? hehehe yu 'ols faham2kan la yek..

p/s: bila dah habis skol ai trasa nak balik skol lagi


Thursday, June 2, 2011

Facebook Oh Facebook

Posted by Ai Am Nor at 12:28 AM 0 Kemon Komen

tak jadi hairan dah sekarang nih, facebook dah jadi garam.. ingat tak dialog cerita ahmad albab "LAUK APA YANG KAU BAWAK NI SYAWAL, TAWAR!! TAKDER GARAM!" lebih kurang macam tu la facebook ngan kita2 sekarang nih..

tak ketinggalan, ai pun ada facebook hahahah.. takder nye nak nunjuk.. tapi lately banyak keng kawan tanya, yu ada blog?? nape tak pnah post kat fb? ai malas la nak cer citer la.. panjang sangat untuk soalan KENAPA nih.. =)

sedar tak sedar, facebook dah jadi salah satu keperluan banyak orang sekarang.. wahh.. business lagi, sambil2 tu jugak beramal dan berdakwah.. teringat lagi ai dengan satu artikel sorang sahabat.. "Nak dakwah tak semestinya ikut cara orang, setiap orang ada cara tersendiri nak menyampaikan dakwah" dengan facebook, dengan berBLOG pun bulih bah kalo ko.. hehehhe..

dalam tu jugak, banyak pulak carik jodoh hehehe.. ai tak nak ulas lebih la pasal jodoh ni.. Yang Esa lebih mengetahui. Facebook dah jadi salah satu jambatan usaha(chheewaaahh) nak dapat kan jodoh.. yang menentukan sama ada dipanjangkan sehingga ke jinjang pelamin Wallahualam.. itu kerja Dia.. Kerana setiap yang direncana itu adalah yang terbaik buat kita..

facebook jugak la tempat nak crik kerja... Ye la, ai hari2 nampak iklan kerja yang macam2 ayat pujuk memujuknya heheheh.. "kerja dari rumah, tak payah susah2" weeiii!! mana ada benda macam tu, kerja kat rumah memang ada.. tapi kerja tak payah susah2 tu.. errrrkkk.... hmmm.. ai percaya yang "usaha sikit habuan sikit, usaha lebih habuan pun lebih"

kat facebook jugak merapatkan lagi kita sekeluarga.. kalau dulu nak kol family yang duk jauh takut bil besar.. or topup asyik tak cukup, ni haaa.. facebook gak yang dicari.. sampaikan nak jemput kawen pun tak yah guna kad dah sekarang hahaah... invite guna facebook jer hahahah... siap bleh response nak pegi or tak.. (senang nak bajet brape blanje kahwin - AJK masak2) hehehe

well.. banyak yang ai huraikan ape best nye facebook nih.. wehh.. benda2 best macam ni pun kalo tak sedar diri, buruk jugak jadi nyer.. so berhati2 ketika meluah perasaan di facebook.. kita akan secara tak langsung mendedahkan pekung yang mengaibkan diri sendiri...

ada yang kate " weh, aku tak sembunyi sifat buruk aku.. aku tak nak hipokrit" cetttt!! korang tak patut rasa rugi kalau nak tunjuk baik weehh... knapa yu 'ols nak malu jadi baik?? maklumat yang kita kongsi pun harus lah sahih.. bukan semata2 bersandarkan materialistik.

lagi satu nih, hasut menghasut di facebook.. ingatan untuk yu 'ols n ai, hasut menghasut tu perbuatan syaitan.. itu dah janji dia dengan Yang Esa - sesungguhnya aku akan menyesatkan hambaMu melainkan yang ikhlas beriman dengan Mu. berhati2lah dengan segala perbuatan dan perkataan.. bila dah hati mula nak dipetik oleh syaitan itu, cepat2 lah isghfar..

p/s: oh facebook - walaupun tak update status ai tetap memerhati update yu 'ols.. so watch out sapa yang ngumpat ai hehehe
 

AI AM NOR Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea