Monday, June 27, 2011

Buat Jahat

Posted by Ai Am Nor at 4:13 PM


Jahat budak jahat
Dah terkena
Terkena demam cinta
Jahat budak jahat
Dah terkena
Terkena demam cinta

Jahatnya kamu
Jahatnya kamu


eh eh eh.... tak nak goyang2 k.. lagu stacy tak de kaitan k... tapi perkataan JAHAT tu yang ai nak sangat kongsi maksudnya ngan korang.

KAMUS DEWAN EDISI KEEMPAT (Waaasseeeyyyy hehehe) - JAHAT = buruk lakunya, tidak baik (perangai, perbuatan, dll)

macammana lagu Stacy bleh kata Jahat nya Cinta ai tak tahu hehehe.. terGODA kot.. goda orang ni jahat jugak la tu =P

ni betul punya cerita pasal jahat, tak nak melalut merapek membebel melencong dah. Pasal kes juvana bebudak sekarang, sekarang ni cerita JUVANA tayang TV3 setiap malam isnin jam 9 mendapat sambutan. Ai pun layan jugak ceta tu...



Ai hidup dalam suana sekolah ni dari zaman budak sampai dah besar panjang nih. Nak kata ai ni expert sangat perihal bebudak ni takde la, ai bukan cikgu. Ai belaja dari kehidupan lalu. Ai dulu pun pelajar jugak... tapi itu lah yang ai nak cerita, buat jahat oleh budak jahat.

Ingat tak perumpamaan,

berkawan anak tukang besi terTEMPIAS bau besi (walaupun tak banyak), berkawan dengan anak penjual minyak wang, terBAU wanginya pada badan kita..


Dalam hal yang macam ni sebenarnya kita sendiri perlu kawal diri. Memang serba sedikit kalau tak semua kita akan ikut pengaruh kawan. Ai tak salahkan korang nak kawan ngan sapa-sapa dan ai pun tak kesah nak kawan ngan sapa2. Sebab bagi ai mungkin kita adalah penjual minyak wangi yang boleh sedikit sebanyak membantu rakan-rakan (Ai tak kata la Ai ni WANGI sangat hehehe).

Kenapa harus pinggirkan budak jahat sedangkan dia pun manusia, makhluk ciptaanNya. Tak layakkah dia untuk merasa kehidupan sebagai orang yang baik? Apa kata kita yang wangi ni kongsi2kan wangian kita kat diorang.

Mungkin ada yang akan kata "Eh, nanti kita pulak terTEMPIAS bau besi" laaa kitakan banyak minyak wangi, sembur la minyak wangi tu kasi hilang bau besi. Kita kan WANGI (bijak, pandai, baik, waras) boleh fikir sama ada benda tu baik atau buruk. Dalam cerita Juvana banyak timbulkan pengajaran yang berguna, Daim tak buat jenayah tapi kenapa masuk Sekolah Juvana? secara perlahan2 kawan2 kat sekolah tu terikut akan sifat positif Daim..

See??!! Faham tak apa yang ai cuba sampaikan?

Tapi yang kasihannya budak jahat ni kalau dah sekali buat jahat sampai bila-bila orang akan kata dia jahat. Walaupun terniat dan terdetik dihati nak berubah terus hilang hanya kerana anggapan orang budak jahat tak boleh jadi budak baik.



p/s: kalau ultraman baik tiba-tiba buat jahat orang percaya tak?

0 Kemon Komen:

Post a Comment

 

AI AM NOR Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea