Monday, May 30, 2011

Apa Nak Jadi.. Nak Jadi Apa??

Posted by Ai Am Nor at 8:03 AM 0 Kemon Komen
apa nak jadi, apa nak jadi, sampai sekarang tak kawen lagi. Ha.3 ai tak nak ceta pasal kawen ok, ai nak ceta pasal 'nak jadi apa' ataupun senang cakap, cita2..

Post yang lepas ada sebut pasal impian bapak nak ai jadi cikgu.. Ha.3 sian bapak.. Yang tu lepas la, kita lepaskan.. Ai tak nak citer hal keja sekarang. Bukan ai malu dapat keja sekarang ni, mahupun nak berbangga dengan apa yang ai dah kecapi. Rasanya ok la kot korang tau pasal ai stakat yg ttera kat profile he.3 ai syukur ngan apa yang ada sekarang, malahan berasa bertuah sebab ai dapat mrasa 1 kehidupan, (tetiba lak siyes he.3)

Ai jugak penah tulis kat post sebelum ni, tiap2 tahun masa cikgu nak catat rekod penilaian masa skol rendah, ai tak penah letak senarai cikgu sebagai cita2. Nak jadi citer, ni haa ai nak ce citer, masa kecik2 sampai la sekarang ai nak jadi POLIS laaa ha.3. Tak penah cikgu kat skol n kawan2 heran napa nak jadi polis coz diorang pun dah tau asal usul ku keturunan pahlawan ha.3 bapak ku polis, mendidik ai ngan abang2 ai n adik ai disiplin polis.. Dah tu yang sulung pun jadi polis, dah tu plak yang no.2, yang no.3 lak jadi askar.. Naaahhh.. Kan ai dah cakap, ai ada darah pahlawan.. Ha.3 tu la ai cakap, masa kat skol takder nyer kawan2 ai nak mptikaikan cita2 ai..

Yang jadi pesoalannya sekarang, ai dah ada keja sekarang, tapi ai masih tak dapat lupakan cita2 ai.

Last year iklan inspektor kuar kat radio.. Uihhh!! 3 tahun ai tunggu peluang nih, tup2 nak apply kena ada degree.. Punah harapan ai.. Tapi nape tah ai masih lagi nak jadi polis.. He.3

Ni la orang kate, kita merancang, Yang Esa lebih mgetahui.. Kita kadang2 tak nak terima kenyataan bahawa kita tidak ditakdirkan untuk mjadi apa yang kita mahu, tapi kita brusaha untuk apa yang kita mahu.. DIA telah merancang sesuatu yang lebih baik untuk kita..

P/s: bru pas layan Hawaii 5 O, nak pegang pistol..

Sunday, May 29, 2011

ce citer ce citer

Posted by Ai Am Nor at 9:51 PM 0 Kemon Komen
kak limah udah balik sepital takder nyer nak ce citer kak limah lagi.. hehehe.. tadi bosan sangat kat office sorang2.. yang lain memanjang jer cuti.. (dengan nada yang tak puas hati) hehehe.. salah sendiri gak sapa suh tak apply awal2.. last2 takder lain jadi sandaran nak jaga office..

balik pasal ce citer ce citer ni, takde la sangat yang nak dikabarkan.. tapi tu laa haa.. tadi tengah dok layan bosan sangat2,surf la internet carik lagu OAG.. minat giler ngan group ni masa zaman skol.. gila tak nye, suma album (zaman tu kaset jer mampu beli but ORIGINAL ok)ai beli.. masa tu ai memang tak tahu pun muka group ni mcm ner.. ai minat sangat kat lagu diorang walaupun banyak yang kata NTAH PA PA lagu diorang.. ai tak kesah..

bla surf OAG kuar la macam2 crita nih.. ni.. nak warning, ai bukan nak ajak gosip k.. tapi yang ai nak tulis ni nak ce citer hal orang2 kita ni. kalau bab2 nak citer hal orang memang gila2 tak nak tlepas... lebih2 lagi hal dalam bilik.. MasyaAllah.. bab nikah cerai orang la, masuk plak syllabus PERSONAL LIFE orang.. ish.. rasanya tak perlu la nak panjang2kan citer.. dah tu siap ada yang mengKOPI mengeTEH kan ceta2 orang kat blog diorang.. dah kira mnyebarkan..

dah ada yang mengKOPI dan mengeTEH, siap ada plak pengKOMEN... konon nyer pandangan diorang nih rasional laa.. orang itu patut macam ini orang ini patut macam itu.. ai tak paham la..

bila dah masuk bab nak buat baik syllabus BUAT JAHAT DIBALAS JAHAT ni yang ai lagi tak faham kat banyak orang kita ni, dah orang berniat nak jadi baik apa salahnya.. ni siap kata "kita tengok la nanti sampai mana dia bertahan" "kompom dia buat jahat balik pasni" siap ada yang brani sumpah cakap potong KUKU tangan lagi.. aiyo.. orang kita..

tapi ai yakin tak semua yang macam kat atas.. tahniah pada yang tak macam yang kat atas.. yang kat atas tu, bawak2 mengucap.. berhibur jangan berlebihan.. cerita pasal orang itu bukan hiburan, aib namanya.. sama2 kita berubah.. sama2 kita amalkan AMAR MA'RUF NAHI MUNGKAR.

p/s: layan lagu slumber dari OAG - Old Automatic Garbage uhu huh huh huh...

cermin diri sebelm bercerita pasal orang lain ok (*,~)

slumber berok jer korang ngumpat aku




Monday, May 23, 2011

cikgu cikgi cikgo cikga

Posted by Ai Am Nor at 9:18 PM 0 Kemon Komen
hahah.. saja jer title kat atas
hari cikgu dah lepas.. tapi jasa cikgu tak pernah dilupa. kalau ada yang tanya kenapa? sebab dah kita dari kecik dia dah bagi ilmu.. tu jasa la tu.. walaupun hanya sempat megajar Aliff Ba Ta lepas tu cikgu meninggal ke, berhenti kerja ker diaorag tetap dah tinggalkan sesuatu yang bermakna untuk kita.

sebut pasal cikgu jugak, dari kecik sampai la ai memBESAR ni, bapak tak putus-putus nak ai keja jadi cikgu. dan terus terang, dari kecik lagi bila sesi soal jawab ngan cikgu masa kat sekolah, cikgu tanya, dah besar nak jadi apa? tak sekalipun ai cakap nak jadi cikgu.

hadoii.. bukan tak suka jadi cikgu.. tapi ai betol-betol tak pernah terfikir nak jadi cikgu.. depan bapak sendiri ai pernah cakap, jadi cikgu adalah perkara yang terakhir ai nak buat.. kesian bapak.. mesti kecewa.. memang tak nampak kat wajah bapak tapi bila ai dah besar begini, ai dapat rasa yang sedikit sebanyak bapak tersinggung.. sorry bapak.. tak terniat oleh anak kecil masa tu..

nak jadi cikgu satu hal.. nak jaga anak murid yang macam ai or maybe yang lagi teruk.. (kiranya ai ni masih baik la) jadi satu masalah.. fobia.. teringat akan olahan ai sendiri masa di zaman sekolah. errr... taknak... sorry cikgu.. tak buat lagi dah hal-hal lepas tu huhuhu..

tengok.. diorang yang sanggup jadi cikgu ni.. diorang sanggup buat benda yang kita tak suka, ajar budak yang tak tahu nak hormat orang sehingga la budak tu tau diri, tau nak hidup kat dunia..

jadi satu masalah pulak dah sekarang bila anak murid hilang pertimbangan dan rasa hormat ngan golongan cikgu nih. nak pukul lah, nak scratch keta la,nak kempeskan tayar la (pernah tlintas dalam pala masa zaman skol dulu.. tapi sumpah.. tak pernah sampai pun niat tu, niat yang tak elok tu yang tak menjadi heheheh) yang paling gerun... cikgu dapat ugutan bunuh oleh pelajar nya sendiri... dahsyat..

pagi tadi borak ngan sorang cikgu - "cikgu berisiko sakit jiwa." teringat pulak ngan cikgu masa skol kat kuching.. tak tau la betul atau tidak atau semata-mata gosip yang cikgu tu ada lesen membunuh sebab sakit jiwa.. hmmm apa-apa pun.. selamat hari cikgu pada yang semua bergelar guru.. bukan sahaja cikgu sekolah, malahan cikgu yang mengajar kehidupan, mak bapak, kawan-kawan dan semua.

p/s: teringin nak jumpa cikgu halimah daud - srk tuanku bagus sebuyau

Thursday, May 19, 2011

rancangan yang telah dirancang

Posted by Ai Am Nor at 10:37 PM 0 Kemon Komen
bicara pasal orang, pasal manusia, pasal diri. semalam ai terbaca la satu artikel seorang sahabat dengan tajuk KEBETULAN, lebih kurang macam tu la tajuk nya. terfikir sejenak selepas membaca tajuk, betul ker ada kebetulan?

ai sambung lagi baca post dia... terjawab sudah persoalan.. dalam hati kata "ooowwwwwhhh" he.3 dalam artikel tu, secara tak langsung dia berdakwah mengenali Sang Pencipta bumi yang Maha Esa.

soalan yang diaju mengenai hujan.. jatuh nya hujan, di posisi mana titis2 hujan itu jatuh.. adakah kebetulan?

terima kasih sahabat sebab berkongsi sesuatu yang indah untuk diketahui.

p/s; nak share post kawan tapi request keizinan masih belum dapat lagi =)

 

AI AM NOR Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea