Monday, May 23, 2011

cikgu cikgi cikgo cikga

Posted by Ai Am Nor at 9:18 PM
hahah.. saja jer title kat atas
hari cikgu dah lepas.. tapi jasa cikgu tak pernah dilupa. kalau ada yang tanya kenapa? sebab dah kita dari kecik dia dah bagi ilmu.. tu jasa la tu.. walaupun hanya sempat megajar Aliff Ba Ta lepas tu cikgu meninggal ke, berhenti kerja ker diaorag tetap dah tinggalkan sesuatu yang bermakna untuk kita.

sebut pasal cikgu jugak, dari kecik sampai la ai memBESAR ni, bapak tak putus-putus nak ai keja jadi cikgu. dan terus terang, dari kecik lagi bila sesi soal jawab ngan cikgu masa kat sekolah, cikgu tanya, dah besar nak jadi apa? tak sekalipun ai cakap nak jadi cikgu.

hadoii.. bukan tak suka jadi cikgu.. tapi ai betol-betol tak pernah terfikir nak jadi cikgu.. depan bapak sendiri ai pernah cakap, jadi cikgu adalah perkara yang terakhir ai nak buat.. kesian bapak.. mesti kecewa.. memang tak nampak kat wajah bapak tapi bila ai dah besar begini, ai dapat rasa yang sedikit sebanyak bapak tersinggung.. sorry bapak.. tak terniat oleh anak kecil masa tu..

nak jadi cikgu satu hal.. nak jaga anak murid yang macam ai or maybe yang lagi teruk.. (kiranya ai ni masih baik la) jadi satu masalah.. fobia.. teringat akan olahan ai sendiri masa di zaman sekolah. errr... taknak... sorry cikgu.. tak buat lagi dah hal-hal lepas tu huhuhu..

tengok.. diorang yang sanggup jadi cikgu ni.. diorang sanggup buat benda yang kita tak suka, ajar budak yang tak tahu nak hormat orang sehingga la budak tu tau diri, tau nak hidup kat dunia..

jadi satu masalah pulak dah sekarang bila anak murid hilang pertimbangan dan rasa hormat ngan golongan cikgu nih. nak pukul lah, nak scratch keta la,nak kempeskan tayar la (pernah tlintas dalam pala masa zaman skol dulu.. tapi sumpah.. tak pernah sampai pun niat tu, niat yang tak elok tu yang tak menjadi heheheh) yang paling gerun... cikgu dapat ugutan bunuh oleh pelajar nya sendiri... dahsyat..

pagi tadi borak ngan sorang cikgu - "cikgu berisiko sakit jiwa." teringat pulak ngan cikgu masa skol kat kuching.. tak tau la betul atau tidak atau semata-mata gosip yang cikgu tu ada lesen membunuh sebab sakit jiwa.. hmmm apa-apa pun.. selamat hari cikgu pada yang semua bergelar guru.. bukan sahaja cikgu sekolah, malahan cikgu yang mengajar kehidupan, mak bapak, kawan-kawan dan semua.

p/s: teringin nak jumpa cikgu halimah daud - srk tuanku bagus sebuyau

0 Kemon Komen:

Post a Comment

 

AI AM NOR Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea