Sunday, January 29, 2012

IKTIBAR DARI SEBATANG PENSEL

Posted by Ai Am Nor at 11:35 PM 0 Kemon Komen

Wah.. behabuk setebal 15inchi ko t rasanya. Lately ai agak sibuk tersibuk menyibuk sikit. Ketandusan inti pun ada jugak la kot. FFffhhhhuuuuuhhhhh!! ok debu nya dah pun ai tiup.. jom ai nak kongsi cerita pasal pensel. Ai dapat cerita ni dari Facebook kawan ai, pensel yang kita anggap hanyalah semata-mata pensel untuk menulis tanpa kita sedar betapa berharganya makna sebatang pensel.


Seorang anak lelaki bertanya kepada ibunya yang sedang menulis.

“Apa ibu sedang tulis? Ibu menulis tentang siapa?”

“Ibu menulis tentang diri kamu, tapi ada yang lebih penting daripada itu iaitu pensel ini.”

“Apa yang istimewa tentang pensel ini?” tanya si anak.

“Ibu berharap hidupmu adalah seperti pensel ini. Walaupun sebatang pensel, ada lima nilai yang boleh kita pelajari daripadanya.”


Pertama,

Pensel ini mengingatkan jika kamu boleh membuat sesuatu yang hebat dalam hidup ini. Jangan lupa, ibarat pensel, ada tangan yang memegangnya. Maka, ingatlah akan adanya kuasa yang membimbing langkah hidupmu iaitu Allah SWT. Dia akan selalu membimbing kita menurut kehendak-Nya.

Kedua,

Ketika menulis, pensel kerap menjadi tumpul. Ibu terpaksa berheti untuk mengasahnya. Pensel ini pasti menderita ketika diraut, tetapi hasilnya ia menjadi tajam dan bagus tulisannya. Begitu juga akan berlaku dalam hidup kamu. Kamu mesti berani menempuh kesusahan kerana ia menjadi baja atau pendorong untuk dirimu menjadi lebih baik.

Ketiga,

Pensel ini mungkin menghasilkan tulisan yang salah. Namun kita boleh memadamkan dan betulkan tulisan ini semula. Begitu yang ibu harapkan kepada anak ibu ini, sentiasalah memperbaiki kesalahan dalam hidup. Ia bukanlah sesuatu yang hina kerana dengan memperbaiki kesalahan, kita akan sentiasa berada di jalan yang benar.

Keempat,

Tahukah anak ibu mana yang lebih penting, luar atau isi pensel ini? Sudah tentu arang atau karbon di dalamnya. Oleh itu, berhati-hatilah dengan apa yang tidak baik dalam diri kamu itu dan hindarilah.

Kelima,

Pensel ini selalu meninggalkan tanda atau goresan. Begitu juga kamu, apa sahaja yang kamu buat, pasti akan meninggalkan kesannya pada diri atau pada orang lain. Ibu harap kamu akan selalu berhati-hati dan bijak dalam bertindak.

p/s: kecoh satu dunia akhir 2011 duta pensel berubah imej. Apa-apa pun kita doakan yang terbaik untuk beliau kembali pada jalan yang benar itu lebih mulia dari kita memberi pahala percuma dari hasil umpatan..
 

AI AM NOR Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea