Thursday, June 2, 2011

Facebook Oh Facebook

Posted by Ai Am Nor at 12:28 AM

tak jadi hairan dah sekarang nih, facebook dah jadi garam.. ingat tak dialog cerita ahmad albab "LAUK APA YANG KAU BAWAK NI SYAWAL, TAWAR!! TAKDER GARAM!" lebih kurang macam tu la facebook ngan kita2 sekarang nih..

tak ketinggalan, ai pun ada facebook hahahah.. takder nye nak nunjuk.. tapi lately banyak keng kawan tanya, yu ada blog?? nape tak pnah post kat fb? ai malas la nak cer citer la.. panjang sangat untuk soalan KENAPA nih.. =)

sedar tak sedar, facebook dah jadi salah satu keperluan banyak orang sekarang.. wahh.. business lagi, sambil2 tu jugak beramal dan berdakwah.. teringat lagi ai dengan satu artikel sorang sahabat.. "Nak dakwah tak semestinya ikut cara orang, setiap orang ada cara tersendiri nak menyampaikan dakwah" dengan facebook, dengan berBLOG pun bulih bah kalo ko.. hehehhe..

dalam tu jugak, banyak pulak carik jodoh hehehe.. ai tak nak ulas lebih la pasal jodoh ni.. Yang Esa lebih mengetahui. Facebook dah jadi salah satu jambatan usaha(chheewaaahh) nak dapat kan jodoh.. yang menentukan sama ada dipanjangkan sehingga ke jinjang pelamin Wallahualam.. itu kerja Dia.. Kerana setiap yang direncana itu adalah yang terbaik buat kita..

facebook jugak la tempat nak crik kerja... Ye la, ai hari2 nampak iklan kerja yang macam2 ayat pujuk memujuknya heheheh.. "kerja dari rumah, tak payah susah2" weeiii!! mana ada benda macam tu, kerja kat rumah memang ada.. tapi kerja tak payah susah2 tu.. errrrkkk.... hmmm.. ai percaya yang "usaha sikit habuan sikit, usaha lebih habuan pun lebih"

kat facebook jugak merapatkan lagi kita sekeluarga.. kalau dulu nak kol family yang duk jauh takut bil besar.. or topup asyik tak cukup, ni haaa.. facebook gak yang dicari.. sampaikan nak jemput kawen pun tak yah guna kad dah sekarang hahaah... invite guna facebook jer hahahah... siap bleh response nak pegi or tak.. (senang nak bajet brape blanje kahwin - AJK masak2) hehehe

well.. banyak yang ai huraikan ape best nye facebook nih.. wehh.. benda2 best macam ni pun kalo tak sedar diri, buruk jugak jadi nyer.. so berhati2 ketika meluah perasaan di facebook.. kita akan secara tak langsung mendedahkan pekung yang mengaibkan diri sendiri...

ada yang kate " weh, aku tak sembunyi sifat buruk aku.. aku tak nak hipokrit" cetttt!! korang tak patut rasa rugi kalau nak tunjuk baik weehh... knapa yu 'ols nak malu jadi baik?? maklumat yang kita kongsi pun harus lah sahih.. bukan semata2 bersandarkan materialistik.

lagi satu nih, hasut menghasut di facebook.. ingatan untuk yu 'ols n ai, hasut menghasut tu perbuatan syaitan.. itu dah janji dia dengan Yang Esa - sesungguhnya aku akan menyesatkan hambaMu melainkan yang ikhlas beriman dengan Mu. berhati2lah dengan segala perbuatan dan perkataan.. bila dah hati mula nak dipetik oleh syaitan itu, cepat2 lah isghfar..

p/s: oh facebook - walaupun tak update status ai tetap memerhati update yu 'ols.. so watch out sapa yang ngumpat ai hehehe

0 Kemon Komen:

Post a Comment

 

AI AM NOR Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea