Wednesday, June 15, 2011

KAPEL KAPAS KEPUS - CARI JODOH

Posted by Ai Am Nor at 4:33 PM

Shinchan pun dok sibuk cari jodoh

Untuk memilih teman hidup, lelaki mesti memilih wanita yang cantik, bergaya dan boleh dibawa ke sana sini. Dalam hati mesti berbangga kerana pasangannya cantik dan orang sentiasa memuji akan kecantikan pasangannya.

Antara pujian itu:

"Pandai kamu memilihnya, kalaulah aku dapat, aku tak akan lepaskannya."

"Pewittt, hebatnya kamu, cantik... cantik... cantik."

Mesti kamu akan berbangga jika menerima pujian sebegitu.

Pasangannya boleh dibawa ke mana-mana sahaja, setiap hari keluar dating. Tidak kira siang malam, yang penting bahagia. Setiap hari ada saja temujanji untuk bertemu tanpa ada istilah jemu.

Bahagiakah namanya itu jika setiap hari keluar dating? Itulah lumrah pasangan berkasih, sehinggakan lupa segala syariat dan hukum Allah S.W.T.

"Yang penting 'happy', hidupkan hanya sekali."

Tahu pula hidup hanya sekali, kenapa tak banyakkan amal ibadat, supaya di sana nanti lebih bahagia, tidak ada masalah yang menimpa, tidak payah fikir apa pun.

Kalaulah pasangan yang dipilihnya tidak cantik, tidak bergaya biarpun pasangannya seorang muslimah sejati, orang tentu akan mengejinya. Mesti dia terseksa, walaupun dia menyedari itulah pilihan yang terbaik dan menjamin Syurga buatnya.

Antara kejian itu:

"Takde orang lain ke yang kau pilih sebagai pasangan, leceh la."

"Hahahaha, sakit perut aku, lawak, lawak... ketinggalan zaman la bro.."

Mesti sakit hati jika menerima kejian sebegitu?

Pasangan sebegini lebih mementingkan ukhrawi daripada duniawi, dia akan menolak ajakan pasangan untuk keluar berdua, kerana dia takutkan azab Allah S.W.T dan dia tidak mahu hanyut oleh godaan Iblis Syaitan laknatullah.

Tentu bosankan mendapat pasangan yang sebegini, sentiasa menolak ajakan kita untuk keluar berdua.

Tentu kita bersungut andai ajakan kita tidak dapat dipenuhinya.

Inilah pasangan yang terbaik untuk kita, walaupun dia tidak cantik pada rupa paras, tetapi dia cantik pada akhlak dan budi pekerti. Ilmu agamanya penuh di dada dan menjadi benteng untuk menghalang godaan nafsu yang melalaikan.

Untuk memilih teman hidup, wanita mestilah memilih lelaki yang handsome, bergaya dan kaya. Dalam hati mesti lebih berbangga memiliki pasangan yang sebegini. Bahagia sangat-sangat, terasa dunia ini milik berdua. Apatah lagi jika orang di sekeliling sentiasa memuji.

Antara pujian itu:

"Hebatnya kamu, dahlah 'handsome', bergaya... 'loaded' lagi"

"Kalaulah aku dapat, bahagianya hidup".

Dalam hati tak terkata, betapa bangganya memiliki pasangan sebegitu. Tidur malam tak lena, sentiasa terbayangkan wajah kekasih. Bahagia sangat-sangat sebab pilihannya menepati cita rasa. Sanggup bersengkang mata hingga larut malam semata-mata untuk memadu kasih dengan pasangan.

Sekarang ini zaman serba maju, ada facebook, handphone, semuanya hanya di hujung jari, semuanya boleh jadi. Siang keluar dating, malam pun keluar dating, bila tiba larut malam sambung lagi dengan sms, call dan ber-chatting di facebook sehingga jam 3 - 4 pagi. Tak jemukah berbuat begitu? Tentu tidak? Bila diri dilamun cinta, hati takkan jemu meluahkan rasa rindu.

Kalaulah pasangan yang dipilihnya tak handsome, tak bergaya dan tak kaya, walaupun pasangannya seorang muslimin sejati, tentu malukan? Ya lah, pasangan orang lain semuanyahandsome, bergaya dan kaya, sedangkan pasangan kita...

Pasangan kita mementingkan ukhrawi dari duniawi. Tak suka keluar dating kerana takutkan Allah S.W.T. Tentu bosankan? Asyik terperap saje. Mula nak bersungut dan menyesal kerana tersalah memilih, tak sesuai langsung dengan cita rasa kita yang gemarkan bersosial.

Inilah pasangan yang terbaik untuk kita, mungkin Allah S.W.T dah tetapkan untuk kita,s upaya kita tidak terus hanyut dengan godaan Iblis Syaitan. Allah S.W.T nak bagi untuk kita yang terbaik, jadi kita harus menerimanya dengan hati yang lapang dan bersyukur sebab kita tak terjerumus dalam kancah kemungkaran dan kemaksiatan yang menghampiri kepada azabnya api neraka.

Di dunia kita tidak merasai azab Allah S.W.T, sebab itulah kita masih menghampiri maksiat, yang ada dalam fikiran kita hanyalah keseronokkan sahaja. Kalaulah Allah S.W.T turunkan azab-Nya semasa kita berseronok dengan nikmat dunia, apakah yang terjadi kepada kita? Sama-samalah kita bermuhasabah diri..

Untuk memilih teman,
Pilihlah yang terbaik...
Terbaik dari segala hal...
Duniawi mahupun ukhrawi...
Kelak dirimu bahagia.

Untuk memilih teman,
Pilihlah yang terbaik...
Soleh dan solehah...
Mukminin dan mukminat...
Hidup sentiasa berlandaskan hukum dan syariat...
Bahagia dunia dan akhirat.

Untuk memilih teman,
Pilihlah yang terbaik...
Baginya dunia hanya sementara...
Akhirat dikejar kerana itulah tempat yang abadi...
Untuk menuju ke syurga Allah.

Untuk memilih teman,
Pilihlah yang terbaik....
Al-Quran jadi panduan hidup...
Sunnah Rasulullah menjadi ikutan...
Moga kekal di dunia hingga ke akhirat...

p/s: panduan untuk kita dan pesanan buat ai sendiri.. InsyaAllah semoga dapat jodoh yang baik2 belaka


sumber entry : iluvislam-dialah jodohku

0 Kemon Komen:

Post a Comment

 

AI AM NOR Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea