Thursday, July 14, 2011

InshaAllah - Dengan izinNya

Posted by Ai Am Nor at 7:47 PM

-TAKUT-

hati terusik dek kenangan silam
kini terusik akan masa hadapan
adakah akan terjadi sama seperti yang lepas?

takut?
mungkin.
tapi sampai bila?

hati yang sunyi
sentiasa terkenangkan peristiwa lalu
adakah yang masa depan
akan terjadi sama seperti yang lepas?
atau adakah semudah yang diharap?
hati ini ingin dipunya
tapi hanya bisa memendam

takut?
mungkin
tapi sampai bila?

sampaikah hati untuk melukakan lagi
akan adakah lagi provokasi

-nor-

mula lagi dah ai ni hehehe.. sesaja dikala kebosanan dan keseorangan. ye la, kita tak berani nak mengharap lebih sebab kita hanya punya satu kemungkinan dan bukan kepastian. kita merancang Yang Esa menentukan, sama ada diperkenan atau tidak, sama-samalah kita berserah dan redha dengan ketentuanNya.

Ai tak berani untuk memberi kata putus, pun tak berani nak memberi harapan pada sebarang kemungkinan. Semampunya ai cuma dapat mengucapkan InshaAllah, dengan izin Allah. Andai Allah perkenan, mudah-mudahan segalanya berjalan tanpa banyak rintangan

Selalu kita dengar "belajar lah dari kesilapan dan pengalaman", nampaknya mungkin ai turut mempraktikkannya sehingga ai takut untuk membuat kesilapan lagi. tapi siapalah kita manusia yang ciptaanNya sempurna sifat tapi tidak perilakunnya. Kita dikawal oleh nafsu, akal, dah hati. Seharusnya kita menggunakan 3 elemen kurniaan itu secara serentak dan tidak berasingan, barulah tindakan kita mencapai tahap kerasionalannya. dan bukan hanya menurut hati semata, nafsu semata dan akal fikiran semata.

Seperti yang ai katakan tadi, perilaku kita tidak sempurna. Tiada manusia yang dilahirkan tidak membuat kesilapan dan tiada manusia dilahirkan untuk hanya membuat kesilapan. Tapi kenapa harus takut untuk buat salah? Ya, kita takut akan silap. kita takut silap kerana takut dimarahi, kita takut dimarahi kerana akan sakit hati, kita takut sakit hati kerana kita akan bertindak tidak waras dan akhirnya kita takut menjadi tidak waras kerana lupa akan Allah.

Tapi tidak lah kita dicipta untuk takut pada diri, kerana kita hanya perlu takut akan pembalasan atas perbuatan kita. Allah Maha Mengasihi, takkan sesekali membiarkan kita dalam ketakutan.

Dulu kalau kat skolah kita takut buat salah, takut nanti cikgu marah. dulu kalau dekat rumah kita makan tak habis mesti kena marah (ni lah yang buat badan beso bebeno nyer, takut kena marah makan sampai habis 2 pinggan ekekekek) dan sekarang, kalau kita cerita soal hati, takut gagal lagi sehingga menjadikan kita alpa bahawa cinta itu milik Dia.

Dan masih adakah pasangan hidup yang hidup dengan provokasi dan pandangan orang lain? apakah pendapat orang menjadi teras keberkesanan sesebuah perhubungan itu? Ai tak tahu nak jawab apa sebab ai takde jawapan untuk itu.

p/s: dek risau dan takut akan pendapat orang lain ai memilih untuk berdiam diri. InshaAllah, andai Allah perkenan ia nya tak perlu diluah melalui kata-kata.

0 Kemon Komen:

Post a Comment

 

AI AM NOR Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea