Wednesday, July 27, 2011

JANGAN BUNUH AKU

Posted by Ai Am Nor at 8:00 PM
Anak kecil menangis sedari keluar menjengah bumi, tertumpahnya darah bonda melahirkan makhluk ciptaan Nya yang sempurna jadian. Kesian si bonda mesti sakit. Kesian si anak yang dah selesa 9 bulan 9 hari dikandung bonda.

Ai tak tahu macam mana rasanya menjadi seorang ibu, mengandung, mengasuh dan membesarkan zuriat kurniaan Nya. Hujung tahun lepas sampai la sekarang ni ANAK MATI TAK BERSEBAB selalu sangat dah keluar surat khabar. Macamana anak yang lahir sihat walafiat boleh mati macam tu jer. Ada yang mati kena gigit kerengga, ada yang mati dalam mangkok tandas, ada yang mati dalam hutan.

maybe baby mati kena gigit kerengga sebabnya terlalu manis kot, sampai si bonda dan ayahnda dah terlebih simpan gula kat umah. Tup2 lahir anak MANIS ni, gi buang kat bawah pokok.

maybe baby mati dalam mangkok tandas sebabnya masa nak lahir tu lubang mangkok tandas tu sumbat jadi anak yang baru lahir tu ada macam pump tandas yang sumbat kot, tu yang gi jolok2 anak sampai pala pun sangkot dalam mangkok. Last2 tinggal jer.

maybe baby mati dalam hutan sebabnya anak kecik tu sesat, tak reti nak balik ke pangkal jalan jadi dia balik menghadap Yang Esa.

Kesian bonda dan ayahnda.. kesian Anaknda..

dalam kepala baby tu mesti dia kata,

Alhamdulillah, sempurna jadian ku oleh Maha Pencipta sehinggakan mata bonda dan ayahnda ku terlihat sinar KEGUNAAN ku.

Tapi tidakkah kita sedari selain mempunyai banyak KEGUNAAN, anak itu penyelamat kita ketika nyawa kita telah diambil semula (hidup ini pinjaman sahaja). Seperti yang ai katakan tadi, ai tak tahu dan tak pernah merasa menjadi ibu kepada anak kecil (InshaAllah, semoga Allah perkenan suatu masa nanti) bertuahlah yang dikurniakan kelahiran yang dikatakan sebagai penyelamat.

Tapi andai kata anak itu tak BERGUNA, tak usah lah biarkan anak itu digigit semut, janganlah dijadikan pump tandas..

Kesian anaknda, tak tahu pun apa yang bonda dan ayahnda dah buat masa belum lahir.

Kesian anaknda, tak tahu pun bonda dan ayahnda tak suka anaknda (merintih, menangis, tak siapa dengar cuma bisa menangis)

Kesian anaknda, tak tahu pun bonda dan ayahnda jahil.

Andai kata anak yang dilahirkan sempat melihat dunia, bonda dan ayahndanya boleh berfikir macam orang dan bukan macam batu (ai tak boleh samakan diorang dengan binatang sebab binatang pun tau sayang anak) mungkin si anak akan jaga bonda dan ayahndanya, membalas jasa sebab membenarkan si anak itu melihat dunia.

Andai anaknda diberi peluang untuk melihat dunia akan anaknda jaga bonda dan ayahnda sepertimana kalian menjaga anaknda (baik layanan baik lah anaknda layan kalian, buruk teladanan kalian, hmmmm anaknda tak pasti)

Bila dah buat salah, kenapa harus tambah lagi kesalahan itu. Astaghfirullah.. dari kita bunuh anak itu buang kat semak, kat magkok tandas, kat dalam hutan, serahkan pada yang boleh menerima. Mungkin bagi si BONDA & AYAHNDA ni akan kata,

sapa yang nak anak haram ini?
Kenapa nak panggil anak ini anak haram? Siapakah yang mengharamkan anak ini?
kesian anaknda, tak tahu pun anaknda ini haram dalam hubungan cinta bonda dan ayahnda
Rasanya kalau letak kat rumah kebajikan adalah lebih afdal kalau betol-betol tak dapat nak terima anak tu. Dari kita menambah kesalahan membunuh tanpa rasa bersalah (tapi betul ker tak rasa bersalah, silap-silap anak tu sibuk main batu seremban depan umah - terigau-igauakan suara tangisan gigit kerengga, tangisan tersumbat najis dalam mulut, tangisan dimakan binatang buas)

Takut nanti orang nampak kalau letak kat rumah kebajikan, nanti apa kata diorang

Tapi tidakah lebih menyiksakan diri tatkala anak disumbat dalam mangkok tandas, dibuang dalam semak, dan diketahui orang. Percayalah cakap ai, public akan lebih mencaci bonda dan ayahnda, sumpah seranah. Adoiiii!! jiwa terasa lebih kacau.


"Leave your unwanted babies with us and no questions will be asked," said its president ORPHANCARE , Datuk Adnan Mohd Tahir.

(Alhamdulillah, semoga niat insan itu terus diredhai. InshaAllah)

Bonda dan ayahnda ku tercinta, JANGAN BUNUH AKU

p/s: kalau dulu masa kecik2 selalu mintak dokong mak n apak.. heheheh Alhamdulillah, punya mak n apak yang cukup sempurna buat aku

# Rindu pada arwah ibu..


0 Kemon Komen:

Post a Comment

 

AI AM NOR Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea