Wednesday, August 10, 2011

Cerita Gunung Bercakap

Posted by Ai Am Nor at 9:36 PM

Kabus tebal jer masa on the way ke office pagi ni, macam kat atas gunung la pulak.. Nasib pasang lampu kalau tak, tak nampak pun keta yang kat depan. (so, sapa kata kalau nak bukak lampu keta kena tunggu malam jer??)

Sebut pasal gunung, ai nak share story pasal gunung yang pandai bercakap ni (ye ker bercakap)

Satu pagi yang tak cerah tak mendung, dingin jer. Seorang anak kecil ditemani ayah berjalan-jalan ke kawasan pergunungan.. grrrr... Ai dah dapat imagine kalau dah ke gunung ni kompom sejuk.

Jalan punya jalan, "aaaaarrrrrggggggghhhhh" si anak tersepak batu.
"aaaaarrrrrggggggghhhhh" terdengar satu suara...

"Sapa kau?" soal si anak.

"Sapa kau?" balas suara tu lagi

(jeng jeng jeng.... hehehe)

"Tunjukkan diri laa weii kalau berani!!" gertak si anak

"Tunjukkan diri la weii kalau berani!!" sang pemunya suara balas balik

"Penakut!!" herdik si anak

"Penakut!!" balas suara tu lagi (memang tak reti nak mengalah)

"Ayah, kenapa suara tu asyik ikut cakap kita?" ayahnya tersengih.

"Itu yang dinamakan GEMA anak ku", "Cuba dengar ni, TERBAIK!!!"

"TERBAIK!!!" balas suara tu lagi (nak jer sambung dari ladang ekekekek)

Si anak terkejut.

Inilah kehidupan kita, setiap yang kita hulur kita akan dapat balik (mungkin dalam berbeza cara). Kehidupan kita reflect dengan action kita. Kita buat baik orang balas baik, kita buat jahat orang memang simpan dendam.

IF YOU WANT MORE LOVE IN THE WORLD
CREATE MORE LOVE IN YOUR HEART
IF YOU WANT MORE COMPETENCE IN YOUR TEAM
IMPROVE YOU COMPETENCE
So, bagi ai mudah jer, nak yang baik kena jadi baik. Tapi sekarang ni orang tengok muka baik terus cop baik.. ayaaaarrkkk.. no no no... yang tu tak boleh k... hehehe

p/s: TERBAEK DARI LADANG!!
TERBAEK DARI LADANG!! , Sahut suara tu lagi (nak jugak...)

0 Kemon Komen:

Post a Comment

 

AI AM NOR Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea