Monday, February 20, 2012

Si Mawar

Posted by Ai Am Nor at 8:58 PM


(¯`v´¯)♥:♫ღ♥♫♥ بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ ♥
`•.¸.•` `
Assalamu'alaikum ya sahabat..


Entri Ai kali ni nk cerita pasa bunga pulak..


Mawar bunganya indah
megah warna tapi berduri
indah diri bukan untuk didedah
berani mengusik berdarah jari...

ewah-ewah, pantun la pulak hehehe.. Mawar memang cantik, lebih-lebih lagi kalau yang masih segar dan baru dipetik. Ai pun teringin jugak nak dapat mawar merah yang masih segar (*wink- ada yang nak kasi?heheeh) setakat ni dah dapat yang plastik tapi tak sama dengan mawar yan fresh. Tapi apa-apa pun terimas pada yang memberi, dihargai sangat-sangat =)

mawar selalu dikaitkan dengan cinta dan kasih sayang disebabkan kemerahan si mawar seolah-olah warna hati, tapi ada juga mawar yang berwarna-warni. Tak kesahlah warna apa pun kan, yang ai nak cerita ni pasal mawar bukan pasal warnanya. Seperti dalam pantun ai tadi, mawar bunganya indah tapi berduri... wooo wooo wooo tertusuk jari yang gatal... AAuuuuuccchhhhh!!!! nak pegang-pegang berdarah merah (tak tau la plak kalu darah putih yang keluar huhuhuh) bunga yang cantik bukan untuk sebarangan dipetik, hanya yang ada gunting pemetik bunga je bleh.. jangan suka suki nak petik guna jari ok.. lain la kalau yang plastik, senang-senang jer orang nak petik, malang sekali tak berbau.

Mawar oh Mawar
Hangat warnanya
menggamit mata
basah kelopaknya
menggiur rasa.
 
Sungguhpun
merah kelopaknya tak harum bau
hijau perdunya tak manis madu
namun, dedurinya lembut tak meluka
mesra menyambut jejari semua.
 
Sungguhpun
pabila dirayu sang bayu
ia bergoyang mengelak jua
ke kiri dan ke kanan menggeleng malu
namun, sipunya kaku menipu
gelengnya tak sungguh dan lesu.
 
Kerana dia
kembang mawar bukan organik
ditempa ia dari plastik
cantik kerana warna hipokrit
adunan licik tinta sintetik.

Fikrul Mustanir
28 Sept 2010


P/s: ai dapat bunga plastik tapi dah spray ngan perfume hehehehe pemberian dari seorang sahabat awal tahun 2012.

0 Kemon Komen:

Post a Comment

 

AI AM NOR Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea