Monday, May 23, 2011

cikgu cikgi cikgo cikga

Posted by Ai Am Nor at 9:18 PM 0 Kemon Komen
hahah.. saja jer title kat atas
hari cikgu dah lepas.. tapi jasa cikgu tak pernah dilupa. kalau ada yang tanya kenapa? sebab dah kita dari kecik dia dah bagi ilmu.. tu jasa la tu.. walaupun hanya sempat megajar Aliff Ba Ta lepas tu cikgu meninggal ke, berhenti kerja ker diaorag tetap dah tinggalkan sesuatu yang bermakna untuk kita.

sebut pasal cikgu jugak, dari kecik sampai la ai memBESAR ni, bapak tak putus-putus nak ai keja jadi cikgu. dan terus terang, dari kecik lagi bila sesi soal jawab ngan cikgu masa kat sekolah, cikgu tanya, dah besar nak jadi apa? tak sekalipun ai cakap nak jadi cikgu.

hadoii.. bukan tak suka jadi cikgu.. tapi ai betol-betol tak pernah terfikir nak jadi cikgu.. depan bapak sendiri ai pernah cakap, jadi cikgu adalah perkara yang terakhir ai nak buat.. kesian bapak.. mesti kecewa.. memang tak nampak kat wajah bapak tapi bila ai dah besar begini, ai dapat rasa yang sedikit sebanyak bapak tersinggung.. sorry bapak.. tak terniat oleh anak kecil masa tu..

nak jadi cikgu satu hal.. nak jaga anak murid yang macam ai or maybe yang lagi teruk.. (kiranya ai ni masih baik la) jadi satu masalah.. fobia.. teringat akan olahan ai sendiri masa di zaman sekolah. errr... taknak... sorry cikgu.. tak buat lagi dah hal-hal lepas tu huhuhu..

tengok.. diorang yang sanggup jadi cikgu ni.. diorang sanggup buat benda yang kita tak suka, ajar budak yang tak tahu nak hormat orang sehingga la budak tu tau diri, tau nak hidup kat dunia..

jadi satu masalah pulak dah sekarang bila anak murid hilang pertimbangan dan rasa hormat ngan golongan cikgu nih. nak pukul lah, nak scratch keta la,nak kempeskan tayar la (pernah tlintas dalam pala masa zaman skol dulu.. tapi sumpah.. tak pernah sampai pun niat tu, niat yang tak elok tu yang tak menjadi heheheh) yang paling gerun... cikgu dapat ugutan bunuh oleh pelajar nya sendiri... dahsyat..

pagi tadi borak ngan sorang cikgu - "cikgu berisiko sakit jiwa." teringat pulak ngan cikgu masa skol kat kuching.. tak tau la betul atau tidak atau semata-mata gosip yang cikgu tu ada lesen membunuh sebab sakit jiwa.. hmmm apa-apa pun.. selamat hari cikgu pada yang semua bergelar guru.. bukan sahaja cikgu sekolah, malahan cikgu yang mengajar kehidupan, mak bapak, kawan-kawan dan semua.

p/s: teringin nak jumpa cikgu halimah daud - srk tuanku bagus sebuyau

Thursday, May 19, 2011

rancangan yang telah dirancang

Posted by Ai Am Nor at 10:37 PM 0 Kemon Komen
bicara pasal orang, pasal manusia, pasal diri. semalam ai terbaca la satu artikel seorang sahabat dengan tajuk KEBETULAN, lebih kurang macam tu la tajuk nya. terfikir sejenak selepas membaca tajuk, betul ker ada kebetulan?

ai sambung lagi baca post dia... terjawab sudah persoalan.. dalam hati kata "ooowwwwwhhh" he.3 dalam artikel tu, secara tak langsung dia berdakwah mengenali Sang Pencipta bumi yang Maha Esa.

soalan yang diaju mengenai hujan.. jatuh nya hujan, di posisi mana titis2 hujan itu jatuh.. adakah kebetulan?

terima kasih sahabat sebab berkongsi sesuatu yang indah untuk diketahui.

p/s; nak share post kawan tapi request keizinan masih belum dapat lagi =)

 

AI AM NOR Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea