Thursday, July 28, 2011

Ramadhan, Zakat Fitrah dan Raya

Posted by Ai Am Nor at 3:10 AM


Nampak gayanya hari ni bukan main lagi ai post entri kat dinding maya ai nih.Tapi itulah, kita ni kalau ada benda baik apa salah kita share kan? =) so entri yang kedua wat hari yang sama ni mengenai Ramadhan, Zakat Fitrah dan Raya memandangkan ramadhan yang dirindui bakal menjelma beberapa hari lagi.

Kalau kat Facebook bukan main lagi dah iklan raya hehehe. Puasanya tak lagi dah sibuk nak beli bahan buat kek la, nak beli itu la.. ini laa.. kalau zaman dulu-dulu masa masih berkain biru (sekolah laa) 1st day puasa dah sibuk nak beli dan post kad raya.. buka puasa belum lagi tu.. yang best nya member duk sebelah meja pun dapat gak, sedangkan dah boleh wish face to face "Salam Lebaran".

Tapi itu la, kira nya kad raya tu sentimental value laa.. Ai sampai sekarang simpan lagi kad raya yang member kasi.

Tibanya ramadhan bermula la kita berusaha nak beramal. Seperti yang kita tahu, bulan Ramadhan penuh keberkatan cuma datang untuk 1 bulan dalam setahun.. singkat nya masa. terasa macam tak cukup jer.

Ramadhan ni jugak adalah bulan untuk kita belajar merasai kehidupan orang-orang yang kurang berkemampuan, bagaimana untuk merasa hidup yang serba kekurangan tetapi masih dapat mensyukuri nikmat kurniaan Allah, tanpa banyak merungut. Kerana Allah takkan menguji makhluk Nya melebihi kemampuan mereka. Jadi kita yang merasa hidup selesa ini harus bersyukur tak merasa hidup susah. Inilah nikmat Ramadhan, kira berkongsi rasa dengan saudara-saudara kita yang lain.

Lagi pasal Ramadhan, bazaar ramadhan. Hmmm susah nya ai nak komen coz ai pun tak ketinggalan merasa kemeriahan bazaar ramadhan. Tapi satu ai nak pesan, niat kita berpuasa di bulan mulia nak berkongsi rasa dengan saudara yang hidup kekurangan. Takkan lah cara kita nak berkongsi rasa dengan membayar nafsu semahu-mahu nya. Membazir amalan syaitan, itu yang apak ai selalu pesan. Masuk gerai sebelah, kuar lagi gerai sebelah, masuk lagi gerai kat depan.. habis borong satu tapak bazaar.. macam la takut bazaar tu tak bukak lagi esok.

Mula 1 ramadhan sehingga akhir ramadhan (makruh pada 1 syawal) kita diwajibkan untuk membayar zakat fitrah. Kebiasaannya tabiat kita manusia ni, dah diberi tempoh untuk membayar suka nak bayar saat-saat akhir. Ada yang tunggu sampai hari terakhir nak bayar pun juga waktu makruh. Haduh... ini ingatan buat ai dan anda-anda semua. Janji jangan tak bayar sudah la. Sucikan lah harta yang kita pinjam dari Nya dengan membayar zakat.

haaa ni untuk panduan kita bersama kadar zakat fitrah bagi tahun 2011

Selesai ramadhan, hmmm akan rindu lagi kita pada nya. Syawal menjelma meniti hari-hari yang ceria. Seperti yang kita tahu, pada bulan ramadhan someone is leaving hehehehe... dan tamat nya ramdhan dia coming balik.. Allahhu Akhbar.. Mungkinkah kita terdorong oleh makhluk laknatullah ini dengan berhabis-habisan ketika syawal? hmmm.. Seperti yang ai katakan tadi, Allah tak suka makhluk Nya membazir. Bersederhanalah kita sahabat-sahabatku.. tak rugi pun kita tak berlebih-lebihan diwaktu syawal.

p/s: agaknya apa motifnya 6-7 pasang baju raya kalau tak sempat bayar zakat.. hmmm (angoll palak ai = pening kepala ai)

#inshaAllah 1 Ogos 2011 kita akan berpuasa.. Sekali lagi teringat akan teman bicara untuk tahun yang keduanya tidak bersama-sama merasai Ramadhan yang mulia ini. Al-Fatihah.. buat Muzaffar Azwar Lawrence dan buat ibu Sharifah Fatimah Tku Sham.


2 Kemon Komen:

Nizam Ijam said...

selamat berpose... :)

nuruhuda_329 said...

selamat berpuase:)
moga ramadhan kali nih lebih bermakna:)

Post a Comment

 

AI AM NOR Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea